Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur

Assalamualaikum, hai semua! Hujung minggu baru-baru nie Kak Sue sekeluarga bersama anak buah dari kampung sempat Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur. Sebenarnya beberapa minggu sebelum tu kami dah plan nak pergi sama-sama, kebetulan anak buah datang cuti-cuti ke Kuala Lumpur. Jadi salah satu acaranya jalan-jalan ke Bird Park Kuala Lumpur sebab masing-masing belum pernah pergi lagi

Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur

Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur

Nasib juga menjadi plan kami nak jalan-jalan ke Bird Park Kuala Lumpur, ya lah malam sebelumnya Abang Man, Abang dan Adik balik agak lewat sebab berniaga di Karnival Masjid Nurul Iman di pekan Rawang. Jadi lepas aja subuh, depa bantai tidur balik. Bila nak kejut depa berdua tu punya lah jenuh, dah lah dah berjanji dengan anak buah nie ha. Akhirnya sebelum zohor semua pakat bersiap nak temankan anak buah, seronok juga dapat berkumpul dan berjalan ramai-ramai macam nie kan.. meriah!

Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Masa kami sekeluarga sampai kat sana, anak buah Kak Sue dah masuk ke dalam dah. Nasib tak ramai sangat masa beratur beli tiket tu. Bird Park atau dikenali dengan Taman Burung nie memang luas tau korang, jenuh juga lah nak habis berjalan semua tempat. Jalan ke depan sikit jumpa dah anak buah tadi, melayan anak depa bagi makan burung. Kebanyakan burung-burung kat sini, dibiarkan terbang bebas, jinak-jinak pulak tu. Siap datang dekat dengan kita lagi..

Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Ada banyak jenis burung dalam nie, ada yang dbiarkan bebas terbang dan ada yang dalam kurungan. Kita boleh jalan-jalan kat dalam tu sambil tengok burung-burung tu semua. Selain burung ada kolam ikan juga kat dalam nie. Nasihat Kak Sue, korang bawa lah bekal air tapi Kak Sue tak pasti lah lepas ke tak masa checking kat pintu masuk.. ehehe.. Tengok anak buah Kak Sue selamat aja dapat bawa masuk botol air, nak siap pusing semua memang dahaga nanti. Katanya tak boleh bawa makanan luar masuk sebab dalam nie ada cafe menyediakan makanan ringan dan minuman. Harga pun boleh tahan juga lah..

Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Selain tengok burung-burung nie, korang boleh juga bergambar di tempat yang disediakan dengan bayaran yang telah di tetapkan. Ada kawasan air terjun, taman permainan kanak-kanak dan bilik pameran. Kami tak ambik gambar pun tapi singgah kat taman permainan nak layan si comel Muaz tu. Lama juga lah kami berhenti kat situ. Kebetulan pula hari tu ada Bird Show, berdepan aja dengan taman permainan nie. Adik kata nak tengok walaupun masa tu cuaca macam nak hujan, layankan lah sekejap. Bird Show ada setiap hari bermula 2.30pm sehingga 3.30 pm bergantung kepada keadaan cuaca. Haa.. kalau kesini jangan lepaskan peluang tengok Bird Show tau. Bilik pameran pun ada yang Kak Sue singgah kejap, ada yang Kak Sue tak masuk pun.. letih wei nak jalan dah.. hahaha.. nasib ada disediakan tempat berehat tau.. kejang kaki!

Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Akhir sekali, sebelum kami balik singgah lah ke Hornbill Gift Shop atau kedai cenderamata. Saja lah tengok kut ada yang berkenan nak dibuat sebagai kenang-kenangan yang kami pernah datang ke sini. Kak Sue macam biasa lah beli fridge magnet dan keychain ja sebagai kenagnan. Korang yang tak tahu nak bawa keluarga kemana pada musim cuti nie boleh lah ke Bird Park Kuala Lumpur. Kemudahan tempat letak kereta, surau dan tandas semua disediakan. Kebetulan masa kami sekeluarga pergi hari tu kata kawan Kak Sue tiket murah dari biasa. Dewasa RM27.00 dan untuk kanak-kanak umur 3-11 tahun RM13 sahaja. Berbaloi sangat kan.. sempat lagi kut nak pergi waktu cuti sekolah nie. Untuk lebih detail Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya, jumpa lagi.. papai!

Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
Jalan-Jalan ke Bird Park Kuala Lumpur
KL BIRD PARK MALAYSIA

Alamat
920 Jalan Cenderawasih
Taman Tasik Perdana
50480 Kuala Lumpur

Tel
03 - 2272 1010
03 - 2273 5428

Website

Email
info@klbirdpark.com



Post a Comment

8 Comments

  1. Seronoknya dapat pergi park. Dah lama xajalan jalan dekat taman macamni.

    Saya follow sini, salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Bagus cuti2 bawa bdk2 ke sini. Dekatkan ilmu pengehtahuan burung dgn lebih dkat. Insyaallah le msk listjuga ni

    ReplyDelete
  3. Dah ke situ, jangan lupa singgah memorial Tun Razak disebelahnya, best tau tempat ni!

    ReplyDelete
  4. Memang jenuh kak nak habis pusing satu taman ni kak. Lencun juga lah baju dibuatnya tapi best. Berbaloi dengan tiket yg di bayar. Boleh close up dengan burung2 yg ada dkt sana kan.

    ReplyDelete
  5. Nampak best tempat nih...boleh bawak anak anak jalan jalan kat sini nanti

    ReplyDelete
  6. Nampak best tempat nih...boleh bawak anak anak jalan jalan kat sini nanti

    ReplyDelete
  7. pernah pergi dua kali kak.. biasanya kalau ada budak memang diorang tak kusah sgt bwk air

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️