Hari Terakhir 2017

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Hari Terakhir 2017, masing-masing mengharapkan tahun baru nanti semua perkara-perkara yang lebih baik akan datang pada diri kita dan keluarga kan. Kak Sue tak ada azam pun setiap kali bila tiba tahun baru, tapi berdoa dan berharap perkara yang lebih baik untuk kami sekeluarga, terus perbaiki diri dan amal, itu aja lah. Kalau boleh semua perkara yang tak baik, yang menyakitkan dan melukakan hati kita maafkan, lupakan dan ikhlaskan. Kalau boleh lah.. hahaha.. Kak Sue gigih nak ikhlaskan nie. Bukan senang, cakap dengan buat lain tau! Semoga hari terakhir 2017 nie kita tutup dengan gembira dan dalam redha Allah..

Hari Terakhir 2017
Hari Terakhir 2017

Hari Terakhir 2017

Sebelum tinggalkan hari yang terakhir 2017, Kak Sue cuma teringat balik semua kisah gembira, sedih, sakit hati, menjengkelkan.. wah ayat, hahaha! yang pernah berlaku dalam hidup Kak Sue. Kita nie manusia biasa, tak sempurna pun. Pasti ada salah silap kita yang kita buat dengan sengaja atau tak. Macam diri Kak Sue sendiri, pun ada kelemahan diri. Kadang Allah jumpakan kita dengan orang dengan macam-macam perangai secara tak langsung nak menegur diri kita sebenarnya. Kadang Allah jauhkan orang yang pernah dekat dengan kita atau Allah dekatkan orang jauh pada kita pasti ada hikmahnya. Allah maha mengetahui dan dah susun semua dengan baik.. redhakan lah.. ikhlaskan lah.. Hidup kita pasti lebih tenang..

Kak Sue berharap semoga tahun baru nie semua perkara yang lebih baik untuk kehidupan Kak Sue dan keluarga. Banyak lagi impian Kak Sue belum capai, antaranya nak ada rumah sendiri dan nak kembangkan lagi perniagaan kecil keluarga kami. Kalau boleh Kak Sue nak ada pendapatan sendiri dengan berniaga. Mungkin tahun baru Kak Sue akan lebih fokus dengan berniaga sendiri nanti, seronok kalau ada duit sendiri nie tau. Walau kita surirumah, tapi ada pendapatan untuk keperluan kita sendiri.. seronok kan.. Kalau nak apa-apa tu dapat beli dengan duit sendiri feeling tu lain sini kan..ehehe..

Apa pun Kak Sue ucapkan selamat tahun baru untuk semua, sambut lah tahun baru dengan perkara yang bermafaat bukan setakat tengok bunga api tepat 12 malam. Usia kita setiap tahun makin meningkat, bersedia kah kita yang bakal dijemput ke alam sana. Kak Sue dan keluarga juga ambil kesempatan nie mohon maaf andai ada kesalahan kami pada semua. Semoga kita terus istiqomah perbaiki diri dan amal ya.. Jumpa lagi tahun depan, papai!

6 comments

  1. Selamat tahun baru kak Sue...moga apa pun yang kak Sue impikan Allah SWT izin dan permudahkan ya kak...moga kita terus istiqhomah dalam kebaikkan...aminn..

    ReplyDelete
  2. sekejap sangat masa berlalu.. happy new year =)

    ReplyDelete
  3. Selamat menempuh tahun 2018 kak sue.semoga apa yang dihajati tercapai hendaknya. Dan semoga sentiasa sihat sejahtera.

    ReplyDelete
  4. happy new year 2018 kak sue

    ReplyDelete
  5. saya pun nak mintak maaf dgn akak kalau ada terlanjur kata ya kak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.