Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia

Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie Kak Sue dan keluarga sempat ke Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia. Tak sangka kan Malaysia ada muzium coklat tersendiri yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Korang peminat-peminat coklat mesti teruja bila dapat rasa sendiri pengalaman bila ke Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia nie kan. Ada banyak maklumat menarik tentang coklat yang akan dikongsikan oleh Chef yang bertugas bila melangkah masuk ke sini..

Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia

Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia

Walaupun tidak sehebat Chocolate Museum di Brixton, London, Chocolate Museum Vienna Auztria, Muzium Hershey dan Chovolate Museum Cologne, Jerman, tapi kita patut berbangga kerana cetusan ilham anak tempatan iaitu Pengarah Urusan Dr Group Holdings Sdn Bhd, Dato' Dahlan Mohd Rashid mampu membukanya setanding muzium coklat antarabangsa yang lain. Sehingga sekarang Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia nie telah menarik setengah juta pelawat sejak pembukaannya, hebat kan!

Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Syarikat ini juga banyak mendapatkan secara terus coklat darpada negara pengeluar. Lebih 30 jenama coklat antarabangsa antaranya Ferrero, Hershey's,Lindt, Mars, Daim, Cadbury dan Nestle. Untuk jenama coklat tempatan yang dipasarkan pula antaranya Fidani, Farrels, Milton dan Danson

Chocolate Museum nie menggunakan konsep '3E' di mana korang akan dapat pengetahuan intreaktif (education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making), keseronokkan membeli belah (enjoyable shoppings) menjadikan muzium nie satu tarikan yang unik bagi pengunjung yang hadir. Korang juga diberi peluang untuk merasa sendiri coklat segar dari dapur yang disediakan oleh chef coklat. Menarik tau, kita dapat tengok macam mana cara coklat dibuat step by step..

Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Bertempat di Kota Damansara, Petaling Jaya, muzium nie dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula dari 10 pagi sehingga 5 petang setiap hari. Muzium nie dibuka secara rasmi pada tahun 2014 dan turut menempatkan replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chovolatier, Rodolphe Lindt

Lebih menarik, ruangan Galeria Coklat disediakan untuk korang membeli belah coklat pada harga yang rendah. Galeria nie menyediakan hampir 130 jenama coklat berjenama antarabangsa dan tempatan daripada 30 buah negara. Harga coklat kat sini juga lebih murah dari harga pasaran dengan harga 30-40 peratus lebih murah.

Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia

Diskaun Sempena Tahun Baru Cina

Haa.. berita baik pada korang pencinta coklat, sempena sambutan Tahun Baru Cina, Chocolate Museum menawarkan diskaun sehingga 70% bagi coklat berjenama tempatan dan import pada 9, 10 dan 11 Febuari 2018 nanti. Korang jangan lupa datang tau, boleh borong sakan nanti..

Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Selain dari itu Chocholate Museum juga mengalu-alaukan lawatan berkumpulan kat sini tau. Setiap hari ada ja pelawat berkumpulam daripada sekolah, kumpulan komuniti, pelajar pusat pengajian tinggi dan juga pihak kedutaan negara luar datang membuat lawatan.

Lawatan berkumpulan nie akan diiringi oleh Chef Coklat sendiri dan berkongsi serta beri keterangan tentang sejarah coklat, manfaat kepada kita sehingga lah proses membuat coklat. Nanti korang siap dapat rasa coklat lagi kat sini tau. Korang juga berpeluang mencuba aktiviti-aktiviti menarik kat sini, seperti membina rumah coklat untuk dewasa dan Coklat Stencil  untuk kanak-kanak.. Satu keluarga ada aktiviti kan..

Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Chocolate Museum Pertama di Malaysia dan Asia
Bagi korang yang berminat nak buat lawatan ke sini, macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya..

CHOCOLATE MUSEUM

Website

Facebook

Instagram

Alamat
No2, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damnsara,
Selangor

No Tel
03 - 7490 4260
Faks - 03 - 6140 8825


14 comments

  1. Bulan 2 jom datang semula ke sini kak sue kita shopping coklat. Coklat hari tu dah nak habis dah. =)

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya boleh masuk list untuk jalan-jalan 2018

    ReplyDelete
  3. sronok dpt ke muzium coklat..pernh tgk kwn2 pegi tp tk smp lg

    ReplyDelete
  4. baru tahu boleh beli coklat kat sini...ngat muzium semata2 je

    ReplyDelete
  5. Ooo dekat Kota Damansara..dekat je la...nanti nak terjah la..kita boleh ke masuk dalam kilang membuat choc tu kak su?

    ReplyDelete
  6. Wow syurga dunia ni Kami sekeluarga mmg suka sgt coklat.. teringin nak ke sini satu hari nanti

    ReplyDelete
  7. Dua kali bawa famili kunjungi Chocolate Museum. Rambang mata pada seksyen akhir ruang jualan cokelat. :)

    ReplyDelete
  8. nak pergilah... tq share!

    ReplyDelete
  9. Bestnya kak sue..nk coklat gak

    ReplyDelete
  10. Ya Allah..sddapnya..saya chocolate ghost ! hehehe

    ReplyDelete
  11. wahhh...dekat je rupanyaaa....

    ReplyDelete
  12. muzium coklat yang best! kami gi dah sekali dulu

    ReplyDelete
  13. Jom Ke Muzium Warisan Melayu UPM
    - salah satu lokasi edu-Pelancongan menarik di EduPARK UPM, Serdang Selangor.

    Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan.

    Info lanjut : http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark-8530

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.