Cerita Tentang Blogger CeritaIta

December 06, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie dah masuk blogger ketiga Kak Sue bercerita pasal diri dan blog mereka serba sikit. Sebenarnya Kak Sue saja buat cabaran blog bercerita tentang blogger yang dekat dengan Kak Sue. Ada beberapa blogger lagi yang akan Kak Sue kongsikan lagi kat sini nanti, korang jangan jemu tau baca. Nie nak Cerita Tentang Blogger CeritaIta pulak nie, seorang Doktor Veterinar bergelar Blogger. Hebat kan beliau.. tapi beliau sangat merendah diri, tu yang lagi buat Kak Sue kagum kat beliau..

Cerita Tentang Blogger CeritaIta
Cerita Tentang Blogger CeritaIta - Nie lah Doktor Ita

Cerita Tentang Blogger CeritaIta

Jom kita sambung cerita tentang Blogger CeritaIta yang sebenarnya baru aja Kak Sue kenal. Kami pun kenal melalui satu group blogger juga sebelum nie. Walau pun kami dah bawa haluan masing-masing tapi kami sentiasa bertanya khabar dan berkongsi tentang blog juga personal. Kak Sue selesa dengan nama panggilan Ita pada orang yang bernama Rozita Abdul Rahman nie. Mempunyai empat orang anak dan suami yang sentiasa menyokong kerjaya beliau.

Cerita Tentang Blogger CeritaIta
Cerita Tentang Blogger CeritaIta - Happy Family 
Walaupun Ita sibuk dengan kerja beliau, tapi masih komited dengan blogging. Kak Sue suka entri personal Ita, kadang memang mencuit hati kalau bercerita tentang anak-anak. Selain dari tu di blog CeritaIta, Ita ada juga berkongsi resepi. Korang kalau nak cari resepi viral ke apa boleh la singgah kat sana ya. Ita juga berniaga online secara sambilan, tengok tu kan mana lah kita tak kagum. Dengan kerjaya Ita, dengan berniaga dan urusan rumah, blog lagi.. memang hebat betul! Korang nanti support tau Ita berniaga, Ita ada jual minuman kesihatan GC Tea. Kalau tak minum pun boleh lah tolong promotekan dan kalau berminat nak cuba dan nak tahu lebih detail korang boleh cari beliau nanti ya..

Cerita Tentang Blogger CeritaIta
Cerita Tentang Blogger CeritaIta
Kak Sue rasa bertuah sangat kenal Ita, sebab Ita tak kedekut ilmu, suka menolong dan banyak lagi lah yang baik-baik pasal Ita. Walaupun baru kenal tapi dah mesra kadang rasa macam keluarga pula. Walapun Kak Sue lebih tua dari Ita, tapi kadang minta juga nasihat dan pandangan Ita, baik dari segi apa pun. Terima kasih Ita, Kak Sue harap silaturahim kita berpanjangan selamanya ya. Korang yang nak kenal Ita boleh singgah di blog, fb dan IG Ita ya. Jumpa lagi nanti cerita tentang next blogger, papai!



IG : @Ceritaita


You Might Also Like

4 ulasan

  1. Semoga ukhuwah Kita berkekalan Dan saya pun seronok berkekalan dgn ita Dan kak sue.

    ReplyDelete
  2. Semoga ukhwah persahabatan ni terjalin selamanya.

    ReplyDelete
  3. saya pun rasa best dapat kenal kak sue.. setiap perkara ada hikmah kan kak.. yg penting kita redha.. insyaAllah nak sangat jumpa akak dan air kelapa laut eh.. hahaha.. semoga perkenalan kita berkekalan hendaknya..

    ReplyDelete
  4. Entry yang sangat baik. Sekurang-kurangnya saya boleh kenal blogger baharu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.