Assalamualaikum, hai semua! Semalam genap 19 tahun ulangtahun perkahwinan Kak Sue dan Abang Man. Macam-macam ujian dan dugaan yang kami lalui dah, sepanjang perkahwinan kami. Alhamdulilah, sampai hari nie dan InsyaAllah semoga kasih sayang kami akan berkekalan sehingga ke Jannah, aamiin ya rabb.. Happy Anniversary Sayang..
Perkahwinan atas dasar suka dan cinta nie bermula di tempat kerja kami.. chewah! Mula-mula tu sekadar kawan sekerja aja, tapi jadi tersuka lah pula bila hari-hari jumpa dan kadang sekali sekala kami keluar beramai-ramai dengan kawan sekerja. Sapa tak suka kan, lelaki yang sangat gentelman dan bertanggungjawab. Pula tu merendah diri dan sangat menghormati kaum wanita. Masa tu Abang Man rambut panjang tau, tapi bila bercakap sikit punya lembut dan beradab sebab tu kita tak boleh nilai orang dari luaran. Kadang tu yang smart, kemas belum tentu lagi macam mana layanannya kat kita kan. Tak lama kami berkawan, kenal sikit-sikit hati budi terus Abang Man hantar keluarga datang merisik seterusnya meminang Kak Sue.. macam mimpi pun ada..
Kami tak lama pun bertunang , rasanya tak sampai setahun terus tetapkan tarikh perkahwian. Nikah dan bersanding pada hari yang sama. Kemudian bermula lah kehidupan kami sebagi suami isteri dan dikurniakan dengan tiga orang anak, Alhamdullilah. Rasanya cukup dah kut setakat nie dengan tiga orang anak, tapi kalau dah Allah nak beri rezeki juga pada usia Kak Sue macam nie, kami terima aja.. ehehe.. Seronok tau tengok orang ada anak ramai nie.. meriah!
Kali nie kami tak buat apa sambutan pun, ada lah makan-makan, tapi tak seronok sebab Adik tak ada. Mungkin nanti anak-anak ada semua boleh lah keluar makan sama-sama lagi. Pada Kak Sue cukup lah dengan kasih sayang, kefahaman, terima seadanya diri Kak Sue, doa dan redha dari Abang Man pun dah cukup. Dalam berjuta susah tau nak jumpa orang macam Abang Man nie tau, haa.. bukan nak puji suami sendiri tapi kalau si isteri tak puji sapa lagi kan, hihihi.. Sapa yang pernah jumpa dan kenal tau lah Abang Man macam mana. Apapun semoga ikatan perkahwinan kami berpanjangan dan berbahagia dengan anak-anak sehingga ke Jannah.. aamiin ya rabb.. papai!

9 Comments
Selamat ulangtahun perkahwinan ya kak sue ... semoga bahagia until jannah
ReplyDeletehappy anniversary kaksue & husband..smoga berbahagia hingga jannah
ReplyDeletehappy anvsry kak sue... semoga kekal bahagia dan bercinta sampai ke jannah. aminn22 <3
ReplyDeleteHappy anniversary akak..wish kat sini plak....
ReplyDeleteHappy Anniversary kak su. Moga kekal sampai syurga
ReplyDeletehappy anniversary kak sue dan abg man. semoga berbahagia dan sentiasa di rahmati Allah. semoga berpanjangan hingga ke syurga. amin.
ReplyDeleteHappy anniversary kak sue semoga berbahagia till jannah
ReplyDeletehappy anniversary kak
ReplyDeleteHappy anniversary to both you and your husband!
ReplyDeletenurulrasya.com
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️