Dashing Anytime EDT Pocket Perfume

October 03, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Selain kita sebagai wanita nie kan, lelaki pun kena juga jaga penampilan diri. Bukan setakat berpakaian kemas, tapi kebersihan diri pun kena lah dititik beratkan juga. Kenalah berwangi-wangian macam wanita juga kan, baru lah adil.. ehehe.. Baru-baru nie Dashing produk penjagaan lelaki melancarkan produk terbaru iaitu Dashing Anytime EDT Poket Perfume yang bersaiz kecil dan mudah untuk di bawa. Jom kita tengok pilihan yang disediakan dari produk terbaru pilihan ramai nie jom..

Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume

Dashing Anytime EDT Poket Perfume Mudah Dibawa

Kak Sue nak kongsi dengan korang rangkaian produk terbaru dari Dashing salah satu produk penjagaan diri untuk lelaki yang dah dikenali sekian lama. Dashing Anytime EDT yang terbaru nie dalam pek poket yang bersaiz kecil dan mudah di bawa. Senangkan, kadang orang lelaki nie tak berapa suka nak bawa barang, dengan ada Dashing Anytime EDt poket perfume nie mudah lah kerja depa kan. Masuk kat poket, sembur aja bila nak digunakan.. senang kan..

Pek terbaru nie tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur tahu bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti dan penerimaan orang sekeliling mereka. Sebab itulah lelaki yang menggunakan pewangi akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari

Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. Dashing Anytime EDT yang terbaru merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa kemana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja

Antara pek Dashing Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini disediakan dengan empat viarasi yang unik - Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick



Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
1. Cool

Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang 'cool' secara semulajadi dalam dirimu

Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
2. Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat mengemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougere yang digabungkan dengan nota Citrus,Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda

Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
3. Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden. Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanila dan suntikan haruman kayuan serta rempah

Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
4. Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber

Haaa.. menarik kan, dijual dengan harga RM7.00, Dashing Anytime EDT 18 ml nie boleh korang dapatkan di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi seluruh Malaysia

Untuk maklumat lanjut korang boleh singgah bawah nie ya

Dashing Anytime EDT

Website

Facebook

Instagram


You Might Also Like

5 ulasan

  1. Kak Sue, saya suka bau Dashing..
    Refreshing, best.. Menarik bila ada pek kecil-kecil camtu...
    Mudah dibawa..

    ReplyDelete
  2. Untungnye size kecil by leh beli byk2 letak dlm poket

    ReplyDelete
  3. wahhhhh ade dh set mcm ni utk lelaki ye kak. utk buat hantaran pun dh senang ni. hehehhe brand ni msh bertahan dn msh ade peminatnya kan.

    ReplyDelete
  4. Dashing ni ana pernah pakai masa sek dulu kak. Suka dgn bau BOLD dulu sbb xkuat dan sesuai pakai masa bersukan walaupun tu perfume lelaki. Hehe.

    ReplyDelete
  5. SA suka yang warna hitam tu...bau sedap

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.