Mc Flurry Durian Yang Viral

Assalamualaikum, hai semua! Sana sini kecoh dengan Mc Flurry durian yang viral tu kan. Korang dah rasa ka belum? Kak Sue dalam sibuk dengan kerja harian, sempat lagi singgah hari tu ke Mc Donald tapau makan untuk anak-anak sambil nak cuba Mc Flurry Durian tu. Agaknya rezeki Kak Sue hari tu nasib baik masih ada stok, kalau tak bakal mengulang lagi ke McD nak rasa ais krim durian yang tengah kecoh diperkatakan itu.. ewah..


Mc Flurry Durian Yang Viral

Sebelum nie nampak kawan-kawan blogger masing-masing berkongsi Mc Flurry Durian nie.. Nampak macam sedap, baca komen pun semua kata sedap. Memang memanggil-manggil lah nak merasa kan. Dah la memang suka dengan Sundae McD, dan selalunya Kak Sue suka order Sundae Strawberry. Kalau ke McD jarang lah tak order Sundae, selalunya memang wajib lah beli..


Mc Flurry Durian nie pada Kak Sue memang sedap dan kena dengan tekak Kak Sue. Terasa duriannya dan rasanya tak manis sangat. Boleh lah masuk kan, kalau manis sangat pun tak tahan juga Kak Sue sekarang nie. Korang yang belum merasa lagi Mc Flurry Durian, boleh lah singgah mana-mana Restoran McD nanti ya.. Cepat tau sebelum terlambat.. papai!

7 comments

  1. tak sempat rasa, sbb sold out

    ReplyDelete
  2. Sedap... hari tu kebetulan lalu di Mcd, Mem beli mc flurry durian ni. Dapat mengecek rasa sekali hehe :)

    ReplyDelete
  3. Tak sempat rasa...dh sold out..sedih...tahun depan baru ada semula

    ReplyDelete
  4. kempunan nak merasa tahu2 dah sold out.. tu namanya takde rezeki..

    ReplyDelete
  5. Tak sempat nak rasa. Sedihnya :(

    ReplyDelete
  6. seriously kak. aida x tahu langsung pasal mcflurry ni tau.
    sebab memang dah lama x ke mcd.
    rugi nyer lah x dpt rasa hu hu hu :(

    ReplyDelete
  7. sanagt suka ni!lagi2 kalau tabur oreo..yummy!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤