Anak-Anak Syurga Yang Terpilih

September 15, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Sejak dari semalam negara kita menangisi tragedi kebakaran di sebuah sekolah tahfiz. Kak Sue sendiri tak tertahan airmata bila baca cerita yang dikongsikan di facebook dan Instagram. Seharian Kak Sue murung mengenangkan anak-anak syurga dari Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah yang terkorban. Tak sanggup nak tengok gambar atau video yang dikongsikan di media sosial.. pedih rasa hati nie.. Terbayang-bayang anak sendiri..

Anak-Anak Syurga Yang Terpilih
Gambar Sumber dari Whatpps 

Anak-Anak Syurga Yang Terpilih

Sampai hari nie pun Kak Sue masih bersedih, setiap kali baca kisah yang dikongsi samada di media sosial atau TV pasti mengalir airmata. Seramai 23 orang terkorban termasuk dua warden. Anak-anak syurga yang terpilih yang terkorban semua masih muda-muda lagi, boleh kata sebaya dengan Adik dan Abang anak Kak Sue.. Semua yang berlaku adalah ketetapan dari Allah, apapun semoga menjadi pengajaran dan ikhtibar pada kita semua..

Kak Sue tak mau nak ulas apa-apa yang boleh menambahkan lagi kesedihan dihati. Cuma Kak Sue harap dengan berlakunya kisah sedih nie ada pihak yang buka mata pada sekolah tahfiz yang selalu di pandang sepi sebelum nie. Bantu dan mudahkan lah pengurusan sekolah-sekolah tahfiz di negara kita nie. Sekarang bukan masa kita menunding jari sana sini, tapi untuk kita ambil pengajaran dan perbaiki kelemahan yang sedia ada. Besar pahalanya bila kita membantu sekolah-sekolah tahfiz untuk anak-anak kita belajar dengan lebih selesa dan selamat..

Pada yang berminat nak menyumbang Kak Sue kongsikan gambar di atas yang telah dikongsikan dari group whatsapps sekolah Adik semalam. Semoga Allah mudahkan urusan kepada sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara kita agar lebih baik selepas ini. Akhir kata, damai lah di sana anak-anak syurga yang terpilih.. Al Fatihah..




You Might Also Like

5 ulasan

  1. Memang sedih bila teringatkan video kebakaran itu... terlalu banyak nyawa terkorban.. semoga Allah swt tempatkan mereda di syurga, InsyaaAllah... Love from Liez

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah syurga menanti mereka kak. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. speechless bila dengar berita,dua tiga hari ni saya skroll laju2 fb dan tak mo tgk berita kalau tak memang banjir la jawabnya berderai airmata.

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun...sampai sekarang SA x boleh terima kejadian ni..ealau takde kaitan dengan mangsa...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.