Resepi Kari Udang Galah

August 09, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi Kari Udang Galah. Semalam Kak Sue saja ikut Abang Man ke Pasar Borong Selayang nak beli barang dapur sekali. Dah alang Abang Man keluar tu kan, lelaju Kak Sue ikut sekali lah. Nak keluar sendiri memag tak lah. Dah siap beli barang kata Abang Man ada satu tempat nie orang jual ikan, udang, sotong dengan harga  murah. Dengar murah Kak Sue kata jom kita singgah tengok. Apalagi borong lah udang saiz sederhana dengan udang galah. Harga memang berbaloi sangat, puashati! Jadinya hari nie kita masak Gulai Udang Galah lah pula kan.. semalam udang petai. Jom kita tengok resepinya jom..


resepi kari udang galah
Kari Udang Galah

Kari Udang Galah

Bahan - bahan :
1 kg udang galah
1 kotak santan Kara
1/2 biji bawang besar - dihiris halus
3 biji bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
4 batang daun kari
1 keping asam gelugor
2 batang serai - diketuk
1 biji tomoto
Sedikit garam dan serbuk perasa Knorr

Bahan untuk rempah
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 peket rempah kari udang
Gaul semua sekali dengan sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan yang dihiris tadi
Masukkan juga daun kari dan serai tadi, kacau sehingga naik bau
Kemudian masukkan campuran rempah tadi dan asam gelugor, biar sehingga rempah masak
Kemudian masukkan santan dan campurkan sedikit air, ikut suka korang nak kuah pekat macam mana
Kemudian bolehlah masukkan udang, kacau sehingga udang masak
Akhir sekali persakan dengan garam, serbuk perasa Knorr dan tomato
Kacau sekejap, siap untuk dihidangkan


You Might Also Like

8 ulasan

  1. adoi !! sedap nye kakak !! bila la dapat nak merasa air tangan akak.. huu~ serius teringin..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..suka udang galah kepala besar ni...sedut tang kepala .huiiii...heavennnnn

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak sue.. mujur la jauh . huhu kalau tak angkat pinggan dah ni

    ReplyDelete
  4. uhuhuhu....sedapnya...terliur tengoknya laa haiii...mcm dah terasa dalam mulut


    Pengalaman pertama hamil dengan Set Lengkap Kehamilan Shaklee

    ReplyDelete
  5. Alahaiii sedapnya kak. Terliur teruk ana tgk menu ni.

    ReplyDelete
  6. wow tak pernah lagi buat udang kari. Nak kene try lah sekali sekala

    ReplyDelete
  7. Lamanya tak makan udang galah.. dlu2 suka la jugak makan idang galah goreng kunyit heehe.. sekarang ni ssh skit nak dapat kat kawasan lya ni kka sue sbb ada yg beli borong .. takdan kat kita nak beli huhuhu

    ReplyDelete
  8. Sedapnya sis. Bila u nak masak kat i ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.