Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah, setelah beberapa bulan kami sekeluarga plan nak berniaga semula kat depan rumah nie, akhirnya beberapa hari lepas Gerai Burger Man Java Dah Dibuka seperti sebelumnya. Alhamdullilah juga sambutan di Gerai Burger Man Java agak mengalakkan setakat ini.. Terima kasih pada pelanggan yang masih sudi singgah gerai kami ya.. Nampak ada juga pelanggan lama kami yang datang singgah lagi kat sini..
Gerai Burger Man Java |
Gerai Burger Man Java Dah Mula Operasi
Gerai Man Java dah mula operasi pada hari Isnin lepas. Pesan orang tua-tua dulu, kalau nak mula berniaga atau buat apa-apa kerja elok dimulakan hari yang baik. Sebenarnya semua hari baik pada kita semua, cuma petua orang tua suruh pilih hari yang baik seperti Isnin, Khamis dan Jumaat. Apa salah kita ikutkan kalau petua yang baik. Ada lah sebabnya kan orang tua berpesan macam tu. Kita ikutkan ajalah kan..
Gerai Burger Man Java ada sediakan pelbagai jenis burger macam gerai burger tepi jalan yang lain juga. Selain burger, kami juga ada sediakan Oblong dan akan datang Man Java Kebab, InsyaAllah. Perkhidmatan delivery macam dulu pun, InsyaAllah kami akan update darimasa ke semasa nanti ya. Selain Gerai Burger Man Java, ada Gerai Roti Canai Omar dan Gerai Seafood Tom Yam Nurin kat sini. Korang yang ada berdekatan area sini, jemput lah datang singgah ya nanti.. Okay lah setakat ini dulu kali nie, jumpa lagi nanti. Papai.. !
Gerai Burger Man Java
Blok 29, Green Valley Park,
Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor
Dibuka - 5.00pm - 12.00am ( Setiap hari)
12 Comments
Alhamdulillah Kak Sue, semoga perniagaan abang Man semakin maju dan dikurniakan limpahan rezeki...
ReplyDeleteAlhamdullilah, terima kasih ya.. aamiin ya rabb.. 😊
DeleteNampak sgt menarik... Fara suka makan burger.. blh la try
ReplyDeleteKalau dekat mesti ana dah jd regular customer akak. Semoga terus berjaya kak sue 😍
ReplyDeleteNak air kelapa laut!!!!!
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletealhamdulillah good luck kak sue dan abg man!
ReplyDeletetahniah.. alaa bila nak rasa nih
ReplyDeleteMeriahnya. Gudluck kakak:)
ReplyDeleteSedapnya burger Tu Ada byk sayur
ReplyDeleteLama dah tak makan burger.. Sedap nampaknye tu kak sue.. Seb bek jauh.. Kalau tak dah p terjah dah.. Hehe.. Pape pun moga terus maju dalam bidang perniagaan ni.. :)
ReplyDeletenyum !! sedapnye tengok burger tu !! bila la dapat menyinggah.. huu~ bukak cawangan kat bukit jalil la kak..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️