Kuih Raya Kegemaran

July 10, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Masih mood raya ka semua? Kak Sue hujung minggu baru mood raya on, sebab hujung minggu baru ada tetamu yang sudi datang beraya. Nasib kuih raya banyak lagi nie, tak risau lah kalau ada yang datang mengejut. Kadang sambil lepak tengok tv dok melayan lah kuih raya kegemaran Kak Sue juga nie. Memang order lebih kuih raya kegemaran Kak Sue tu, sebab tahun lepas tak cukup.. ehehe..


Kuih Raya Kegemaran 

Kuih raya kegemaran Kak Sue nie namanya Untaian Kasih. Selain nama biskut Utaian Kasih, Kak Sue panggil biskut Ulat sebab macam ulat kan.. comel ja. Rasa pun memang sedap. Biskut nie Kak Sue tempah dari sepupu Kak Sue, Kak Jue. Beliau memang menerima tempahan biskut, kuih muih dan kek. Semua sedap-sedap tau, sangat puashati.. Kak Sue puji nie bukan sebab sepupu Kak Sue tau, tapi memang sedap semua air tangan beliau. Kalau tak percaya korang boleh cuba sendiri nanti..

Selain biskut Utaian Kasih nie, Kak Sue suka biskut yang Mak Kak Sue, Tok Pah buat pun sedap-sedap belaka. Setiap tahun memang Kak Sue tempah dari Mak Kak Sue.. kuih Tart Nenas, Kuih Semperit dan Biskut Suci Dalam Debu. Akhir sekali biskut Makmur, yang tu setiap tahun order dengan makcik Kak Sue pun sedap lain dari yang lain..

Korang kalau nak rasa kuih-kuih nie semua kenalah datang beraya kat rumah Kak Sue tau. Tahun depan boleh lah order kuih yang sama dengan Kak Sue.. hihihi. Bagi yang berminat nak dapatkan biskut raya, kuih muih atau kek dari sepupu Kak Sue macam yang Kak Sue dah bagi tau tadi boleh singgah di facebook beliau D'Azua Delights tau, tapi order hanya untuk area Taiping, Perak sahaja. Tak tau lah kalau ada buat delivery untuk luar area Taiping sekarang kan, boleh pm Kak Jue laju-laju. Sekian dulu kali nie ya, papai!


You Might Also Like

11 ulasan

  1. sy suka kuih cerelac 😍 kuih wajib tiap raya 😁

    ReplyDelete
  2. Saya ponn sukaaaaa, hehehe~
    Makcik saya buat, siap bergula...alahaii, lemaknyaa

    ReplyDelete
  3. saya kalau time raya kueh raya tak laku sangat..suke makan kerepek jer..haha.

    ReplyDelete
  4. Comel je kuih tu kak. Nampak lembut sgt. Mesti cair bila masuk mulut kan.

    ReplyDelete
  5. nampk pn dah sdap..gebu gtu..:)

    ReplyDelete
  6. Untaian Kasih- sedap namanya Kak Sue...

    ReplyDelete
  7. Sedap biskut ni. tak silap sy famous biskut ni 2 thn lepas. kan kak. ehhehe

    ReplyDelete
  8. Biskut raya viral ni..teringin nak buat sendiri.

    ReplyDelete
  9. Nak jugak biskut ulat ni, sedap.hihi

    ReplyDelete
  10. Samalah! Lili pernah cuba buat samprit ni tapi akhirnya jadi biscuit tepung 'vanilla'. haha susah juga nak buat samprit ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.