Resepi Cucur Jawa

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue antara peminat kuih tradisional, salah satunya Cucur Jawa. Pernah dengar tak nama kuih nie? Kalau kat kampung Kak Sue memang pangil dengan nama tu, tak tahu lah tempat lain. Mak Kak Sue memang ambil tempahan dan menjual kuih Cucur Jawa nie. Kadang sampai tak menang tangan lah juga. Kalau Kak Sue balik rumah Mak, mesti Mak masakkan kuih nie lebih sikit untuk kami. Sedap tau makan panas-panas. Kalau kuih dah sejuk pun kuih hasil air tangan Mak Kak Sue nie masih lembut tau.Kalau ada yang teringin nak rasa atau buat sendiri meh Kak Sue kongsikan resepinya meh..

resepi cucur jawa
Kuih Cucur Jawa

Resepi Cucur Jawa

Bahan - bahan :
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 cawan gula merah
4 cawan air
Minyak untuk mengoreng

Cara - cara :
Campurkan gula putih, gula merah dan air tadi, masak sehingga mendidih dan gula hancur. Kemudian sejukkan dulu
Bila bancuhan gula tadi dah sejuk atau suam, campurkan tepung gandum, tepung beras dan bancuhan gula tadi. Gaul sehingga sebati, ketepikan dulu, sebab bancuhan nie sebenarnya kerap perap semalaman. Contoh kalau nak buat sarapan untuk esok, malam tu kita dah siapkan bancuhan kuih tadi
Untuk mengoreng esoknya tu, panaskan minyak tapi minyak sikit aja tau. Guna kuali kecik yang comel tu, lain kali Kak Sue tunjukkan gambar kuali ya
Minyak jangan panas sangat, kemudian cedukkan adunan kuih tadi dengan senduk kecil juga ke dalam kuali. Kalau korang nak buat size besar pun boleh, janji muat dalam kuali
Bila dah berbentuk di tepi kuih tadi macam topi mexico  baru balikkan kuih. Biarkan masak sekejap kemudian angkat dan toskan.Ulang langkah yang sama sehingga adunan habis
Boleh lah dihidangkan panas-panas
Selamat mencuba




9 comments

  1. Bentuk macam kuih penjaram 😏

    ReplyDelete
  2. cucur jawa ni hana mkn dalam pantang ja..huhu...mmg sdpla...boleh cuba bt nanti..terima kasih syer resepi

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tgk gambar ni. Lama x makan.

    ReplyDelete
  4. Sedap sedap! tapi xnak buat sendiri..nak yang akak dah masak tuh..hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya tengok. Tq for resepi sis .

    Btw, salam perkenalan sis :)

    ReplyDelete
  6. cucur tradisional ni .susah nak jumpa sekarang

    ReplyDelete
  7. biasa tengok tapi tak pernah beli. nnt kena cuba nie. hehe

    ReplyDelete
  8. tak pernah rasa pun kuih ni...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤