Pigeon Newborn Pure Pilihan Untuk Penjagaan Bayi

Assalamualaikum, hai semua! Bagi ibu bapa yang baru menerima orang baru dalam rumah memang tak dapat kita bayangkan betapa bahagianya perasaan masa tu kan. Kita sebagai ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak kita. Begitu juga lah dengan kelengkapan untuk bayi kita mesti nak yang terbaik kan. Meh Kak Sue nak kongsi dengan korang, bagi yang tengah tercari-cari barangan untuk bayi korang boleh lah cuba produk Pigeon Newborn Pure. Mesti pernah dengar kan nama produk nie, dan yang terbaru Pigeon Newborn Pure nie lah..


pigeon newborn pure
Pigeon Newborn Pure

Pigeon Sikincare Series Newborn Pure

Jenama Pigeon nie dibuat di Jepun memang dah dikenali sebab lebih 40 tahun berpengalaman dan mempunyai kredibiliti dalam penjagaan kulit bayi yang baru lahir. Sebut aja Pigeon rasanya semua orang tahu salah satu jenama terkenal produk penjagaan bayi. Produk Pigeon Skincare Series Newborn Pure adalah satu set lengkap bagi penjagaan bayi yang baru lahir

pigeon newborn pure
Pigeon Newborn Pure - Purifying Body Wash & Moisturizing Lotion
Produk nie mengandungi dua lapisan perlindungan Natulayer dan melembapkan kulit. Paling penting produk Pigeon diuji secara Dematologically untuk memastikan penggunaan yang selamat untuk bayi kita. Selain dari itu produk dari Pigeon nie juga bebas dari Paraben, Formaldehyde dan alkohol. Haa.. tak ada lah risau nanti kan.. maklumlah kulit bayi nie halus

pigeon newborn pure
Pigeon Newborn Pure - Terima Kasih MotherHood
Hari tu Kak Sue terima dua produk dari www.motherhood.com.myterima kasih MotherHood sudi hadiahkan pada Kak Sue. Dua produk terbaru dari Pigeon tersebut ialah Purifying Body Wash dan Moisturizing Lotion. Selain dua produk yang Kak Sue terima nie ada produk lain iaitu Nourishing Shampoo, Calming Oil dan Protective Cream set lengkap untuk Newborn Pure Skincare tau.

Sebenarnya walaupun Kak Sue tak ada anak yang masih bayi tapi kami sekeluarga memang ada menggunakan produk barangan bayi. Sebab rasa selesa, lembut dan wangi. Lepas nie boleh lah Kak Sue gunakan produk dari Pigeon pula, bagi yang berminat nak beli produk Nemborn Pure Skincare Series Pigeon dan nak tau lebih detail boleh intai kat bawah nie ya..

Pigeon Newborn Pure Skincare Series 
Web Pigeon : newbornpure.com
Facebook Pigeon : Pigeon Malaysia





Post a Comment

4 Comments

  1. Mmg tercari2 produk newborn. Sebab newborn ni, kulitnya sangat sensitif

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba ni.... Sama la kak sue, sy pun suka produk bayi ni... Wangi kan....

    ReplyDelete
  3. ana pernah guna produk pigeon ni dan memang bagus untuk kulit bayi yang sensitif.

    ReplyDelete
  4. Boleh la Pcl nt suggest kpd ibu2 yg hantar anak mengasuh kat mamaD.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️