Assalamualaikum, hai semua! Tadi Kak Sue nampak kawan blogger Hanim, kongsi berita dari Jabatan Meteorlogi Malaysia tentang permulaan monsun barat daya. Kak Sue pun bukannya reti dan faham sangat tentang kaji cuaca nie. Tapi kena mengena lah dengan keadaan sekarang nie, musim panas. Sebelum nie tiap hari hujan aja kan, sampai tempat Kak Sue nie kena angin ribut lah hari tu.. Kali nie musim panas pulak..
Tak lama lagi kita nak sambut bulan Ramadhan kan, harap kita dan anak-anak dapat bertahan lah dengan cuaca panas nie nanti. Katanya musim panas nie sehingga bulan September nanti. Melambung lah bil bulanan kan, dengan kipas dan air cond yang terpasang 24 jam.. huhuhu..
Nak kena kurangkan aktiviti kat luar nanti, tapi macam Kak Sue dan peniaga Pasar Ramadhan yang lain seawal pukul tiga dah terpacak kat sana. Bertabah lah nanti. Korang yang nak sejukkan badan boleh lah nanti cuba air Kelapa Laut di gerai Kak Sue ya. Sempat lagi tu promote.. hahaha..!! Kurangkan aktiviti kat luar, banyakkan minum air kosong dan jaga diri semua.. papai!
9 Comments
Bertabah la mak buyung ni ha
ReplyDelete.hehehe.
Dah lah memang dah panas kan, bertambah berbahang rasanya ya.. ehehe..
DeleteKena minum air secukupnya kak especially masa puasa nanti. Semoga kita semua sihat selalu hendaknya.
ReplyDeletekami kat sini memang dah lama panas kak.. sampai sakit tekak hilang2 suara.. kesian anak-anak di sekolah..
ReplyDeletePatut 2,3 hari ni duk berasa haba panas ja.
ReplyDeleteku sangkakan panas berpanjangan.. huhuuu
ReplyDeletedah musim skrg kan,ekon rumah ni hampir seoanjang hari pasang,tak tahan berkuap panas huhuuu...
ReplyDeleteAduhhh... Cubaan sungguh berpantang dalam cuaca panas nanti...
ReplyDeletePatut la kak Sue..hari2 panas..SA sampai buka 2 kipas malam2 pun panas ya rabbi....monsun barat daya rupanya
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️