Assalamualaikum, hai semua! Semalam sebelum Kak Sue dan keluarga balik semula ke Rawang, kami sempat jalan-jalan ke DisiniLand. Sebelum nie Kak Sue tengok gambar aja yang dikongsikan oleh adik Kak Sue, kali nie ada rezeki dan peluang Kak Sue dan keluarga jalan-jalan ke DisiniLand. Seronok lah anak-anak ada aktiviti luar. Asyik terperap dalam rumah pun boring juga kan..
Apapun bagi pendapat Kak Sue tempat nie boleh dinaiktaraf lagi dari segi papan tanda yang lebih besar dijalan masuk utama. Juga harap pihak DisiniLand dapat sediakan jalan masuk ke sana lebih baik dari sekarang. Musim hujan kan sekarang, agak berbecak lah maklum kawasan kebun dan bukit. Begitu juga kemudahan asas yang lain seperti tandas dan surau yang bersih. Biasalah tempat baru kan.. Kalau bercuti ke Taiping, Perak jangan lupa datang sini tau. Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie bagai yang berminat nak ke sini..
DisiniLand Batu Kurau - Adik & Sakinah |
Aktiviti di DisiniLand
DisiniLand nie terletak di Kampung Perak, Batu Kurau, Perak. Kampung Perak nie tempat asal Mak Kak Sue sebenarnya dan tak jauh pun dari rumah Mak Kak Sue tinggal sekarang nie. Kalau ke depan sikit, ada kampung Sempeneh tempat mandi manda dan berkelah. Dulu kerap juga lah Kak Sue ke sana, tapi sejak fobia dengan air nie dah lama tak ke sana.. Kak Sue pun baru tahu ada tempat riadah macam nie kat Batu Kurau. Memang menarik walaupun Kak Sue tengok dan rasanya masih banyak lagi benda yang belum siap. Apapun okay lah aktiviti kat sini dengan harga tiket buat masa nie. Jom kita tengok aktiviti yang kami buat kat sana..
DisiniLand Batu Kurau - ada aktiviti berkuda kat sini |
DisiniLand Batu Kurau - aktiviti berkuda |
DisiniLand Batu Kurau - Aktiviti ATV |
DisiniLand Batu Kurau - Kakak dan si Kembar bergambar kenangan |
DisiniLand Batu Kurau - Aktiviti memancing anak bujang |
DisiniLand Batu Kurau - Haa.. Adik dapat juga merasa macam mana ikan makan pancing |
DisiniLand Batu Kurau - Abang pun dapat ikan, hobi baru nie |
DisiniLand Batu Kurau - Mini Zoo |
DisiniLand Batu Kurau - Mini Zoo |
DisiniLand Batu Kurau - Pintu Masuk |
Harap lepas nie ada lagi penambahan aktiviti kat sini. Buat masa sekarang nie aktiviti yang disediakan ialah menunggang kuda, memanah, aktiviti ATV dan memancing. Juga ada mini zoo kat sini. Bayaran masuk pun sangat berpatutan bagi dewasa hanya RM3, untuk kanak-kanak dan warga emas RM1 sahaja. Mana nak dapat bayaran yang murah macam nie kat tempat lain kan. Untuk aktiviti lain akan dicaj dengan harga yang telah ditetapkan
Apapun bagi pendapat Kak Sue tempat nie boleh dinaiktaraf lagi dari segi papan tanda yang lebih besar dijalan masuk utama. Juga harap pihak DisiniLand dapat sediakan jalan masuk ke sana lebih baik dari sekarang. Musim hujan kan sekarang, agak berbecak lah maklum kawasan kebun dan bukit. Begitu juga kemudahan asas yang lain seperti tandas dan surau yang bersih. Biasalah tempat baru kan.. Kalau bercuti ke Taiping, Perak jangan lupa datang sini tau. Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie bagai yang berminat nak ke sini..
DisiniLand Agrofarm & Resort
No Tel
018 572 4687
Waktu Operasi
10.00am - 6.30pm
Facebook Page
5 Comments
comel je perkataan DISINILAND tu kak sue..hehe..
ReplyDeletebagus aktiviti macam ni, dedahkan anak2 dengan alam sekitar...=)
Baru tahu pasal DisiniLand ni. Cantik juga =))
ReplyDeleteBaru tau tentang Disiniland ni 😂 Dulu, hanya pergi ke air terjun Batu Kurau 😄
ReplyDeleteBaru tau jugak. Informatif blog kak sue ni.
ReplyDeletemacam seronok jeee
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️