Bila Meningkat Usia

May 08, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Bila meningkat usia nie, faham-faham aja lah. Tak boleh nak melasak sikit dah macam dulu, badan cepat letih. Kak Sue paling kalah bab mop rumah, rasa macam nak demam main air lama-lama. Nasib baik sekarang nie kerja mengemop Kakak dah ambik alih. Bukan tu aja bila meningkat usia nie.. mata pun dah tak berapa nak nampak.. huhuhu.. bertabahlah..

bila meningkat usia
Bila Meningkat Usia...

Bila Meningkat Usia

Sebelum nie mata Kak Sue okay aja, tapi sejak aktif berblog nie nampak gaya semakin menjadi pula tak nampak dah benda atau tulisan kecil-kecil. Ya lah, blogger nie kan setiap hari mengadap computer dan handphone, kadang berjam-jam kut.. Bila alih pandangan ke tempat lain dah kabur dan pedih. Nak tak nak kena juga bantuan Cik Cermin Mata.. Pada hal sebenarnya dari segi hukum alam, bila dah meningkat usia nie memang ada lah masalah penglihatan mata nie kan.. Tak ngaku dah tua lah tu.. ehehe.. tapi ada juga tau, macam nenek sedara Abang Man umur dah 90 tahun lebih kut mata steady lagi baca Al Quran tanpa bantuan Cik Cermin Mata

Baru-baru nie Kak Sue ikut Abang Man hantar order Kelapa Laut ke Shah Alam, kami singgah ke Kompleks PKNS Shah Alam. Jalan-jalan dulu kat dalam tu, jumpa kedai yang Kak Sue rasa puashati dengan harga terus tempah Cik Cermin Mata. Dah tak tahan mata nie kadang kabur aja bila tengok tulisan kecil kat handphone atau bila membaca. Bila periksa mata kat kedai tu, Kak Sue ada rabun dekat, nie katanya faktor usia.. rabun jauh sikit dan silau. Kak Sue minta tambahkan untuk pelindung mata untuk lindung mata sebab setiap hari tengok computer kan.. Mula-mula pakai Cik cermin Mata memang tak selesa lah sangat, rasa rimas.. harap lepas nie akan terbiasalah kan.. Macam nie lah bila meningkat usia.. Setakat nie saja kali nie, kita sembang lagi di entri yang lain.. papai!


You Might Also Like

9 ulasan

  1. Mula2 je tak biasa kak sue. Lama2 ok nanti. Ana pun setiap kali tukar cermin mata baru jadi tak selesa. Lama2 ok dah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rasa macam pelik ja, tapi Kak sue pakai bila nak membaca dan menulis aja nie.. hehe..

      Delete
  2. Hehehe..mana ada tua..masih muda lg tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tua dah Linda.. ehehe.. ;)

      Delete
  3. cik nor rabun silau..:)

    ReplyDelete
  4. Sama la kita kak...makin meningkat usia makin rabun..hehehe

    ReplyDelete
  5. Saya pun risau rabun sebab kerap juga saya main fon dalam gelap

    ReplyDelete
  6. kan kak sue. kita ni blogger asyik ngadap phone, lappy. So, tendency untuk rabun makin bertambah memang tinggi. kc ni pun rasanya rabun makin tinggi sebab selalu ngadap lappy + tengok phone dalam gelap T.T

    ReplyDelete
  7. faktor usia.
    dan faktor teknologi kot, sue :)
    tak pe la. masih ada nikmat memandang, meskipun ditapi oleh cermin mata.
    in shaa Allah...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.