Sundae Blueberry Terbaru Dari McDonalds

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue dan anak-anak memang peminat Sundae McD. Selalunya Kak Sue dan Kakak order Sundae Strawberry, Abang dan Adik pula order yang biasa. Hari nie Kakak cakap teringin nak makan aiskrim, petang lepas zohor aja lelaju kami beli kat drive thru. Sampai kat kotak yang kita nak order tu Kak Sue nampak ada sundae perasa baru, Sundae Blueberry Terbaru Dari McDonalds.. wah menarik nie. Terus Kak Sue cuba, Kakak masih setia dengan perasa Strawberry.. Saja kan nak rasa sedap ke tak..




Terbaru Dari McDonalds


Bagi selera Kak Sue lah kan, Kak Sue lebih suka yang strawberry kut, tapi habis licin juga lah makan tadi yang blueberry. Rasa blueberry nie kurang manis sikit tau, pada yang suka kurang manis sesuai lah cuba sundae nie.

Selain Sundae Blueberry nie, terbaru dari McDonalds ialah Ayam Goreng McD yang tengah meletop tu. Kadang pergi sampai habis stok kut.. Boleh tahan tau rasa Ayam Goreng McD, rasa ranggup dan pedas. Adik anak bongsu Kak Sue suka sangat dah beli tiga kali setakat nie. Semalam baru Kak Sue dapat rasa, rasanya Kak Sue pun suka Ayam Goreng McD nie. Nanti nak beli lagi lah.. Semalam tak cukup.. ehehe..

Korang yang suka makan aiskrim dan sundae boleh lah cuba perasa terbaru Sundae Blueberry tu ya. mana tau kena dengan tekak korang dan yang mana belum dapat rasa Ayam Goreng McD tu boleh lah terus mencuba ya, datang awal sikit.. Selamat mencuba, papai!



Post a Comment

6 Comments

  1. Saya suka kurang manis, tapi belum cuba lagi yang ni, hehehe...

    ReplyDelete
  2. kurang manis ke kak sue? boleh la saya try, sy suke kurang manis ni...ehehehe...tapi yang strawberry mmg sedap

    ReplyDelete
  3. Kurang manis ye.. bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
  4. Balik Kajang McD dpn rmah..leh terjah. Hehehe..pepanas ni dpt pekena aiskrim McD memang terbaik. Aiskrim McD ni dari susu..bagus utk tulang ibu mengandung juga ni

    ReplyDelete
  5. Saya jarang makan ais krim.

    ReplyDelete
  6. Tak pernh cuba yg br ni, biasa sundae strawberi je

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️