Resepi Tomyam Udang Bersayur

April 03, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi mudah. Resepi Tom Yam Udang Bersayur. Sebenarnya Adik yang minta Kak Sue masakkan Tom Yam nie. Jadi sebab semua suka makan udang dan sayur Kak Sue masakkan Tom Yam Udang bersayur aja kali nie. Tak campur seafood lain.. Jom kita tengok resepi yang ringkas dan mudah..
resepi tomyam udang bersayur

Tomyam Udang Bersayur

Bahan - bahan :
600 gram Udang sederhana besar
1/2 biji bawang holand - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
16 biji cili padi - dikisar (Ikut tahap kepedasan korang)
2 inci halia - diketuk
2 batang serai - diketuk
4 helai daun limau purut - dicarik
2 kiub tom yam Knorr
1 kiub ayam Knorr
Pilihan sayur - sayuran ikut kesukaan masing-masing
Sedikit minyak dan garam secukup rasa

Cara - cara :
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang dikisar, halia dan serai hingga naik bau
Kemudian masukkan air, agak-agak ja untuk sesuaikan dengan bahan lain. Biarkan mendidih
Masukkan daun limau purut
Kemudian masukkan kiub tomyam dan kiub ayam
Kemudian masukkan sayur yang lambat nak empuk macam carrot, lepas tu diikuti sayur-sayur lain
Akhir sekali masukkan bawang yang dihiris nipis, udang dan garam secukup rasa
Tutup api, sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba :)

You Might Also Like

7 ulasan

  1. lama tak masak tomyam,suka tomyam merah pekat2 heeheee

    ReplyDelete
  2. Lauk kak sue semua nampak sedap dan menyelerakan. Nyum nyum 😋 tomyam fav ana juga

    ReplyDelete
  3. senangnya. heehhee. dah tgh lapar ni.

    ReplyDelete
  4. Tomyam ni ada banyak jenis kan.. ada jenis yang kuahnya pekat, ada jenis kuahnya jernih..

    Tapi tomyam memang sedap dan best.. aroma dia menyelerakan

    ReplyDelete
  5. Tetiba lapar pulak tgk tomyam kak sue ni.. Hihi..

    Kak sue ditag...

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/04/giveaway-ecards-raya-nostalgia-puasa.html

    ReplyDelete
  6. Sedap nyer... Berkhasiat plak tu... Macam2 ada...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.