Resepi Ayam Masak Buttermilk

Assalamualaikum, hai semua! Agak lama Kak Sue tak masuk dapur, tak berapa sihat dalam beberapa hari nie. Musim orang tak sihat kan sekarang. Hari nie Kak Sue rasa macam nak cuba resepi Ayam Masak Buttermilk, teringin pula tengok bahan-bahan yang digunakan macam sedap dan mudah aja. Asyik masak resepi ayam yang sama ja, kali nie kita tukar menu pula ya.. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan dalam resepi Ayam Masak Buttermilk jom..

Resepi nie Kak Sue ambil dari Blog Yuyu Zulaikha dan tambah sikit dengan resepi lain. Sebab keluarga Kak Sue suka makan pedas kan, jadi tengok-tengok resepi lain juga dan gabungkan dalam resepi nie. Suka sangat menderhaka resepi kan..ehehe..

resepi ayam masak buttermilk
Ayam Masak Buttermilk

Ayam Masak Buttermilk

Resepi Asal : Yuyu Zulaikha
Bahan - bahan :
Beberapa keping ayam - di potong kecil. Kak Sue pilih dada, peha dan kepak 
1 biji bawang Holand - dihiris nipis, Kak Sue letak 1/2 biji aja
3 biji bawang putih- dihiris nipis
6 biji cili padis - dipotong kecil
2 sudu butter - Kak Sue guna Buttercup
1 tangkai daun kari ( Kak Sue letak lebih)
2 keping cheese
1 cawan susu cair Carnation
1/2 kiub Ayam Knorr
Sedikit garam 
Sedikit serbuk lada hitam
resepi ayam masak buttermilk

Bahan perap :
Ayam
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur - Kak Suetak letak tadi, lupa la pulak

Cara - cara :
Gaul ayam yang telah dipotong tadi dan dengan bahan perap sekejap,ketepikan. Kak Sue perap sekejap aja tadi. Kemudian boleh lah kita mula goreng ayam yang diperap tadi sehingga separuh masak dan kekuningan sikit. Ketepikan dulu..
resepi ayam masak buttermilk

Untuk buat sos pula, panaskan kuali dengan butter dan tumiskan bahan yang dihiris nipis tadi juga daun kari sehingga naik bau. Api perlahan aja ya,kang hangus tak sedap pula kan.. Masak sehingga bahan layu sikit dah cukup..
resepi ayam masak buttermilk

Kemudian masukkan satu cawan susu cair Carnation, kacau dalam seminit dan masukkan kepingan cheese tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan kiub ayam, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga sos bergaul mesra. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi dan gaul lagi sehingga sebati. Tutup api.
resepi ayam masak buttermilk

Haaa.. siap dah pun.. Kak Sue lupa pula nak ambil gambar yang dah siap masak.  Mudah aja kan nak sediakan resepi Ayam Masak Buttermilk nie. Rasanya pun sedap juga nie, ada pedas, lemak, masin. Lain kali boleh masak lagi. Selamat mencuba korang, papai!
resepi ayam masak buttermilk





6 comments

  1. Alaaaa...sedapnya Kak Sue..lapar perut SA tgok malam2 ni

    ReplyDelete
  2. Tak pernah nampak tak menyelerakan. Semuanya buat kecur air liur. 😀

    ReplyDelete
  3. Tak pernah buat lagi, nampak memang mudah sangat nak sediakan

    ReplyDelete
  4. MENU FEVERET CCL ..TAPI CCL SUKA KUAHNYA LEBIH SIKIT

    ReplyDelete
  5. Macam senang je. Boleh try weekend ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤