Assalamualaikum, hai semua. Sekarang nie musim demam kan. Sana, sini Kak Sue dengar ada yang demam la, batuk la, selsema la.. Kak Sue pula tiga-tiga sekali datang menyerang. Memang seharian Kak Sue terbaring semalam.. Lama betul tak kena demam macam nie. Nak makan pun tak ada selera, badan panas sampai tahap air mata asyik meleleh je.. Hari nie Alhamdullilah dah kurang sikit demamnya..
Kak Sue kalau demam, tak suka sangat ke klinik. Kak Sue lebih suka makan panadol aja kat rumah dan minum air masak banyak-banyak. Untuk selsema dan demam Kak Sue makan panadol Solubel dengan air suam, pastu selimut. InsyaAllah dalam beberapa minit akan rasa berpeluh dan rasa kebah. Selsema pun akan berkurangan..
Untuk batuk Kak Sue minum air suam dan madu yang dicampur dengan limau. Madu jangan letak banyak sangat sebab madu tu panas. Satu sudu kecil pun dah cukup, limau pula Kak Sue guna limau nipis atau lemon. InsyaAllah, kalau serasi akan berkurangan sikit batuk kita tu..
Korang semua jaga diri ya. Sekarang rasanya memang musim demam dan batuk. Dah lah jenis demam dan batuk yang berulang dan berpanjangan. Ambil masa yang agak lama untuk sembuh.. Apapun sakit tu penghapus dosa, tanda Allah sayang pada kita.. Setakat nie dulu kali nie, jumpa lagi nanti. Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan Kak Sue.. papai!
Korang semua jaga diri ya. Sekarang rasanya memang musim demam dan batuk. Dah lah jenis demam dan batuk yang berulang dan berpanjangan. Ambil masa yang agak lama untuk sembuh.. Apapun sakit tu penghapus dosa, tanda Allah sayang pada kita.. Setakat nie dulu kali nie, jumpa lagi nanti. Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan Kak Sue.. papai!
9 Comments
Syafakillah kak sue.
ReplyDeleteSamalah ana memang boleh kira brp kali je pergi klinik. Panadol kalau tak tahan sgt baru makan.
Cepat sembuh Kak Sue..memang tgh musim demam ni
ReplyDeleteGet well soon kak sue. Haah ibu elsa pun tengah demam sekarang nie. Keluarga elsa memang cepat aje berjangkit huhu jangan2 esok esok elsa pulak hmm padahal elsa baru baik dari demam
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh kak sue!
ReplyDeleteGet well soon .
ReplyDeletesemoga cepat sembuh kak sue
ReplyDeleteRehat n tido secukupnya kak..demam sbb tak ckp rehat ni
ReplyDeletesmoga kak sue cpt sembuh. jaga dri. :)
ReplyDeleteharitu memang musim demam..Fariza pun kena..alhamdulillah sekarang dah sihat..
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️