Musim Demam

April 10, 2017

Assalamualaikum, hai semua. Sekarang nie musim demam kan. Sana, sini Kak Sue dengar ada yang demam la, batuk la, selsema la.. Kak Sue pula tiga-tiga sekali datang menyerang. Memang seharian Kak Sue terbaring semalam.. Lama betul tak kena demam macam nie. Nak makan pun tak ada selera, badan panas sampai tahap air mata asyik meleleh je.. Hari nie Alhamdullilah dah kurang sikit demamnya..
Musim Demam - Gambar sumber google


Musim Demam Yang Berulang dan Berpanjangan


Kak Sue kalau demam, tak suka sangat ke klinik. Kak Sue lebih suka makan panadol aja kat rumah dan minum air masak banyak-banyak. Untuk selsema dan demam Kak Sue makan panadol Solubel dengan air suam, pastu selimut. InsyaAllah dalam beberapa minit akan rasa berpeluh dan rasa kebah. Selsema pun akan berkurangan..

Untuk batuk Kak Sue minum air suam dan madu yang dicampur dengan limau. Madu jangan letak banyak sangat sebab madu tu panas. Satu sudu kecil pun dah cukup, limau pula Kak Sue guna limau nipis atau lemon. InsyaAllah, kalau serasi akan berkurangan sikit batuk kita tu..

Korang semua jaga diri ya. Sekarang rasanya memang musim demam dan batuk. Dah lah jenis demam dan batuk yang berulang dan berpanjangan. Ambil masa yang agak lama untuk sembuh.. Apapun sakit tu penghapus dosa, tanda Allah sayang pada kita.. Setakat nie dulu kali nie, jumpa lagi nanti. Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan Kak Sue.. papai!

You Might Also Like

9 ulasan

  1. Syafakillah kak sue.

    Samalah ana memang boleh kira brp kali je pergi klinik. Panadol kalau tak tahan sgt baru makan.

    ReplyDelete
  2. Cepat sembuh Kak Sue..memang tgh musim demam ni

    ReplyDelete
  3. Get well soon kak sue. Haah ibu elsa pun tengah demam sekarang nie. Keluarga elsa memang cepat aje berjangkit huhu jangan2 esok esok elsa pulak hmm padahal elsa baru baik dari demam

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh kak sue!

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh kak sue

    ReplyDelete
  6. Rehat n tido secukupnya kak..demam sbb tak ckp rehat ni

    ReplyDelete
  7. smoga kak sue cpt sembuh. jaga dri. :)

    ReplyDelete
  8. haritu memang musim demam..Fariza pun kena..alhamdulillah sekarang dah sihat..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.