Mee Tarik Warisan Asli di Aeon Anggun Rawang

April 02, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Selamat berhujung minggu, hari nie Kak Sue jalan-jalan cari makan di Mee Tarik Warisan Asli di Aeon Anggun Rawang. Restoran nie baru aja beroperasi kat sini, tu yang Kak Sue dan keluarga nak cuba makan kat sini. Tengok menu Mee Tarik Warisan kat depan restoran terus tertarik nak cuba dan nak tahu apa keistimewaannya..

Mee Tarik Warisan Asli di Aeon Anggun Rawang

Mee Tarik Warisan Asli Paling Best di Malaysia


Meh Kak Sue nak sembang sikit, Mee Tarik Warisan nie kan ialah doh yang ditarik-tarik sehingga menjadi mee, ala macam yang selalu kita tengok dalam cerita cina tu. Kita boleh tengok live tau pembuat mee nie siapkan order pelanggan, menarik sangat. Tapi tadi nak ambik gambar macam ramai aja berdiri kat cermin tu kan, jadi tengok dari jauh ja lah.. Mee tarik nie sejenis resepi Cina Islam yang berasal dari Lanzhou, China. Ditubuhkan pada 2012 oleh pengasasnya Encik Hassan. Mee Tarik Warisan Asli Paling Best di Malaysia

mee tarik warisan asli di aeon anggun rawang
Mee Tarik Warisan Asli di Aeon Anggun Rawang - Minuman yang Kak Sue order
Jom kita tengok apa yang Kak Sue order. Minuman Kak Sue order Lemonade, Ice Lemon Tea dan Manggo Juice mug besar okay. Untuk makanan pula Kak Sue order Mee Soup with Brased Beef dan Fried Lamen with Beef. Portion memang banyak, kalau perut Kak Sue nie kena kongsi dua orang untuk satu mangkuk. Kalau yang suka makan pedas tu, kena minta extra cili. Macam serbuk cili tu kita campurkan aja dam kuah, memang sedap! Daging pun lembut sangat..best!

mee tarik warisan asli di aeon anggun rawang
Mee Tarik Warisan Asli di Aeon Anggun Rawang - Mee Soup with Brased Beef
mee tarik warisan asli di aeon anggun rawang
Mee Tarik Warisan Asli di Aeon Anggun Rawang - Fried Lamen with Beef
Harga pun berbaloi lah bagi Kak Sue. Servis pun cepat dan mesra walaupun masa Kak Sue makan kat sana ramai juga lah pelanggan yang lain. Kalau korang ada jalan-jalan kat Aeon Anggun Rawang boleh lah singgah sini tau. Selamat mencuba, papai!

Detail lanjut boleh singgah sini www.meetarik.com


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Ana pun suka mee tarik ni kak. Mula2 dia buka di setapak 3 tahun lepas masing2 berebut lunch dekat sana. Memang terbaik 😋

    ReplyDelete
  2. tak pernah cuba lagi mee tarik ni kak sue.. ramai yang dah sebut.. jakunnya kita..haha

    ReplyDelete
  3. SA pun suka makan mee tarik..tapi suka jenis yang bersup dan ada daging banyak..

    ReplyDelete
  4. terliur tengok fried lamen with beef tu <3

    ReplyDelete
  5. pernah makan di Bangi.. suka tengok buat mee tarik live tu..Laju je dorang buat

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi Mee Tarik ni... tapi nampak menggiurkan je gambar Kak Sue ni.... kena sambal kicap memang berair hidung ni... tetiba haus pula tengok air tu.... uwaa...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.