BabyHood Malaysia Pengedar Eksklusif Barangan Nurseri

April 11, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Beberapa hari lepas Kak Sue berkesempatan menghadiri event BabyHood Malaysia. Dan yang menariknya Babyhood Malaysia pengedar esklusif barangan nurseri kat sini. Produk nie dikeluarkan oleh Supreme Global Marketing Sdn Bhd dan ditubuhkan pada 2010. Dikendalikan dan dimiliki oleh sebuah keluarga melayu di Malaysia. Mereka amat mementingkan keselesaan, kualiti dan keselamatan produk ini. Jadi ibu bapa tak perlu bimbang ya.. pasti berpuashati dengan produk nie.. tahan lama lagi tau..

babyhood malaysia pengedar eksklusif barangan nurseri

Babyhood Malaysia Menyediakan Keperluan Penting Untuk Sebuah Keluarga


Jenama Babyhood sebenarnya dari Australia dan mereka mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri produk nuseri. Babyhood juga dihasilkan dibawah piawaian Australia dan katanya lebih ketat dari kedua-dua piawai Eropah dan Amerika Syarikat. Ia ditakbir oleh INPAA ( Infant & Nursery Products Association Of Australia) sebuah pertubuhan yang dimiliki dan dikendali secara persendirian, badan wakil utama dalam industri nuseri Australia. Objektif utama mereka adalah untuk menerajui pembangunan produk nuseri lebih selamat dan mengalakkkan pengunaan produk selamat.

Sebelum tu, kenapa Kak Sue kata Babyhood menyediakan keperluan penting untuk sebuah keluarga..? Sebab mereka menyediakan produk yang boleh diguna pakai untuk seisi keluarga. Ada dua produk yang disediakan oleh Babyhood Malaysia, katil bayi dan kerusi untuk ibu-ibu yang meyusukan bayi. 
babyhood malaysia pengedar eksklusif barangan nurseri
babyhood malaysia pengedar eksklusif barangan nurseri

Bercerita pasal katil nie kan, boleh digunakan dari bayi sehingga kanak-kanak dan boleh menampung berat sebanyak 90kg. Katil nie hampir semuanya ada 4 mod, bassinet level, toddler lever (apabila ketingiian diturunkan), toddler bed (apabila dropside sahaja di buka) dan day bed (apabila dua-dua bahagian tepi di buka) boleh tukar sebagai tempat duduk tau, haa..menarik kan..

Kerusi untuk ibu menyusu atau gilder chairs pula, sangat selesa bagi ibu-ibu yang nursing atau feeding baby. Jangan kata ibu, bapa pun boleh berehat bersama bayi sambil menonton tv sementara ibu siapkan kerja rumah. Sesuai untuk kegunaan sekeluarga..
babyhood malaysia pengedar eksklusif barangan nurseri
babyhood malaysia pengedar eksklusif barangan nurseri
babyhood malaysia pengedar eksklusif barangan nurseri
babyhood malaysia pengedar eksklusif barangan nurseri

Jom tengok pilihan BabyHood Malaysia sediakan..
1. 5 in 1 Sova Cot ( Classic and clear) - RM4,450.94
 The Sova Cot nie mempunyai 5 mod
1 Bassinet
2 cot 
3 Toodler Bed
4. Table n chairs
5. Playpen

2. Amani 4 - in - 1 Cot - RM2786.74
1. Toddler Bed
2. Day Bed

3. Clasic Sleigh 4-In-1 Cot - RM1799.00

4. Classic Curve 4-in-1 Cot - RM1399.00

5. Diva Glider - RM1800.94 

6. Manhattan Gilder - Rm2373.34

7. Sovereign Glider - RM 1970.54

8. Savannah Glider - RM2542.94

Untuk keterangan lebih lanjut boleh tengok kat bawah nie okay dan untuk pembaca blog Kak Sue korang boleh tebus voucher diskaun code BLG16 dan valid 21/4/2017 - 21/5/2017. Selamat membeli belah

Supreme Global marketing Sdn Bhd
Alamat
21-2, Jalan USJ 21/1
Subang Jaya ,47630
Selangor, Malaysia
No Telefon
03 8023 3277
Website
Email
admin@babyhood.com.my






You Might Also Like

7 ulasan

  1. Best kalau dpt ni kak...multi purpose

    ReplyDelete
  2. yang katil jadi kerusi tu sgt wow.. sesuai utk rumah yang tak berapa besar tu kak..

    ReplyDelete
  3. Bestnya...suka mak2..suami kena bgi hadiah ni kat isteri..hehe

    ReplyDelete
  4. Cantik nya barang2 dia tp bila tgk harga telan ayaq liur kejap. Hehe

    ReplyDelete
  5. alamakk.. bestnya tempat ni..

    ReplyDelete
  6. special la meja makan budak tu kak su

    ReplyDelete
  7. tertarik..sebab boleh macam-macam guna

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.