The Sunshine Blogger Award Tagged By CiklaPunyaBelog

11:09:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum, hai semua!Terima kasih Cikla sudi tag Kak Sue untuk The Sunshine Blogger Award nie.The Sunshine Blog Award nie katanya ialah untuk blogger yang positif dan kreaktif memberi inspirasi kepada orang lain.. amboi layak ka Kak Sue nie, segan lah pula.Tapi tak apa Kak Sue cuba jawab soalan yang Cikla tanyakan ya..

the sunshine blogger award



Kak Sue sertakan sekali syarat bagi yang nak menyertai The Sunshine Blogger Award

Thanks the person (s) who nominated you in a blog post and link back to their blog
Answer teh 11 questions sent by the person who nominated you
Nominated 11 new blogs to recive the award and write them 11 new questions
List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog


The Sunshine Blog Award Tagged By CikLaPunyaBelog

Jom jawab 11 soalan dari Cikla untuk Kak Sue...

* Ceritakan pasal diri korang secara ringkas dan nama timangan korang sekali - Kak Sue seorang surirumah, isteri dan ibu kepada seorang puteri dan dua orang putera yang sangat ohsem dan nama timangan ialah Da, Ida atau Kak Sue

* Sejak bila korang berblog dan sebab utama mengapa korang menceburkan diri dalam blogging - Kak Sue mula buat blog tahun 2011, tapi lepas tu lama tinggalkan sebab kekangan masa dan mula aktif menulis balik tahun 2015.Kak Sue mula blogging sebab kononnya nak kongsikan resepi yang Kak Sue cuba dari blogger masakan yang hebat masa tu..dan sekarang masih belajar dan berkongsi resepi..ehehe..

* Apa yang korang mesti buat sebelum tidur. (Tak semestinya baca Doa tidur, basuh kaki tau).Cikla nak lain dari yang lain. - Sebelum tidur sebolehnya Kak Sue akan ke bilik anak-anak bagi good night kiss ..kalau tak, rasa tak lena tidur Kak Sue sebab dah terbiasa..

* Orang yang paling adore?Dan mengapa - Kak Sue kagum pada suami sendiri..hahah boleh tak?Sebab suami Kak Sue seorang yang sentiasa cool dan selalu dapat menangani semua situasi dengan tenang..bukan senang nak buat tu kan..

* Makanan yang korang tak boleh makan langsung.Kalau korang makan jugak kena alergik dan sebagainya - Rasanya Kak Sue tak boleh makan shushi kut..sebab kalau makan jugak takut terkeluar balik aja..huhuhu..

* Pencapain terbaik korang sepanjang berblog - bila entri ada kat first page kut..

* Pengalaman paling pahit korang sepanjang berblog - rasanya belum ada kut..

* Siapa yang korang teringin sangat nak jumpa dan mengapa - Erra Fazira kut sebab minat sangat kat dia..

* 5 barang penting yang ada dalam handbeg korang - semestinya beg duit, bedak, lipstick, name card dan pen

* Apakah cita -cita pertama korang masa kecil dulu? - Cita-cita Kak Sue nak jadi cikgu dan pramugari..ada hati tu nak jadi pramugari..ehehe..

* Apakah aspirasi korang dalam dunia blog ni pada masa akan datang.Mungkin 10 tahun akan datang ke.. - Kak Sue harap blog Kak Sue memberi mafaat pada semua walaupun Kak Sue dah tak ada lagi nanti..dan berharap blog menjadi perantaraan yang terbaik dari semua segi..

Okay Kak Sue dah jawab semua soalan dan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan, Kak Sue nak tag 11 blogger cool yang sudi nak jawab soalan Kak Sue nie


Dan soalan yang perlu korang jawab ialah
Ceritakan tentang diri awak secara ringkas
Sejak bila awak berblog?
Kongsikan apa niche blog awak
Apakah makanan kegemaran awak?
Apakah minuman kegemaran awak?
* Apakah barang kesayangan dan kenapa?
Di mana awak simpan barang kesayangan awak?
Apakah sukan kegemaran?
Berapa kerap awak bersenam?
Apakah cara awak menghargai pemberian orang lain kepada awak?
Bagaimana cara awak tunjukkan perasaan kepada orang tersayang?
Selamat menjawab...papai!


Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments:

  1. Tq kak sue sudi jwb... semoga kak sudi terus menulis. Keep writing...😘❤❤

    ReplyDelete
  2. Sedaplah kak sushi tu. Cuba buat sendiri dulu mesti boleh makan. 😘

    ReplyDelete
  3. auwww.. pertama kali dan last ju mkn sushi 6 tahun lepas rasa nya hahahaha. tu pun sb kena blnja, alhamdulillah tekak xmmilih =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.