Seafood & Shellout di Apps Hotel Kuala Selangor

Assalamualaikum,hai semua!Hujung minggu lepas Kak Sue dan keluarga jalan-jalan cari makan Seafood & Shellout di Apss Hotel Kuala selangor.Tak jauh pun dari rumah Kak Sue kira dalam 30 minit aja dah sampai.Masa Kak Sue sampai tu masih lengang lagi kat situ, tapi makin petang macam ramai pula hampir penuh meja juga lah.Deko kat depan restoran pun menarik sangat.Ada meriam kiri kanan ke jalan masuk dan sebuah kereta antik yang sangat menarik perhatian Kak Sue..



Menu pilihan Seafood & Shellout di Apps Hotel


Ada bermacam pilihan menarik untuk seafood dan shellout kat sini tau.Untuk seafood ada promosi steamboat dengan harga RM28 untuk satu set, dari 11.00am - 10.30pm.Pilihan lain Ikan bakar,Tomyam Udang Kelapa,Ikan Nyonya dan Crispy Kankung.Kak Sue rasa Tomyam Kelapa dan Crispy Kangkung memang sedap.Kuah tomyam pekat memang kena dengan selera Kak Sue.Crispy Kangkung pula lain dari yang lain,sekali rasa nak makan lagi dan lagi..siap ada sos sekali memang sedap!

Bagi pilihan shellout pula ada empat perasa berlainan yang boleh korang pilih ikut selera masing-masing.Ada shellout perasa Asam Pedas,Kam Heong,Butter Lemon dan Original Cajun BBQ dengan harga serendah RM39.00++ hidangan untuk satu atau dua orang.Kak Sue paling suka Kam Heong sedap dan rasa lain dari yang lain.Ada ketam, udang, sotong, lala, pepahat , sayur brocoli kegemaran kami sekeluarga dan jagung.Hidangan nie juga sediakan nasi putih.Memang kenyang sangat...

Menu lain yang ada kat sini Cheezy French Fries, Honey Chicken Wing, Calamari Ring, Butterfly Prawn, Melawati Banana Split dan homemade Pandan Chicken yang menjadi signature dishes lebih tiga tahun kat sini..


Seafood & Shellout di Apss Hotel Kuala Selangor
Tomyam Kelapa
Seafood & Shellout di Apss Hotel Kuala Selangor
Crisppy Kangkung

Seafood & Shellout di Apss Hotel Kuala Selangor
Shellout - Butter Lemon

Seafood & Shellout di Apss Hotel Kuala Selangor
Shellout - Asam Pedas

Seafood & Shellout di Apss Hotel Kuala Selangor
Shellout - Kam Heong
Seafood & Shellout di Apss Hotel Kuala Selangor
Shellout -Original Cajun BBQ

Restoran ini berkonsep 'open air'  dan boleh memuatkan seramai 700 tetamu pada satu-satu masa.Selain dari restoran makanan laut nie,Apps Hotel juga ada menyediakan bilik hotel dan juga dewan untuk seminar,mesyuarat,team building,sambutan hari jadi dan macam-macam lagi.Kat sini juga korang boleh ke jeti nak tengok kelip-kelip atau beri helang makan.Menarik juga kan..Kalau hujung minggu tak tahu nak kemana boleh aja datang sini, sebab ada lagi tempat yang kita boleh jalan-jalan sekitar Kuala Selangor nie.Nanti Kak Sue kongsikan cerita menginap di Apps Hotel pula ya lain kali.Jangan lupa datang sini tau,pasti berbaloi!



Seafood & Shellout di Apss Hotel Kuala Selangor
Restoran Apps Hotel Kuala Selangor
Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok detail kat bawah ya
Apps Hotel
12, Jalan Pennisula Utama 1,
Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor,
Selangor
Web
Email
reservations@appshotel.com.my
No Tel
03 3277 2172 / 012 233 7725

Post a Comment

12 Comments

  1. Selalu kalau ke kuala selangor ana cr homestay sebab tak tahu nak duduk hotel mana. Ni dah tau boleh lah cuba.

    ReplyDelete
  2. wah... kuala Selangor kg kita tu...

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik menu shellout kat sini..

    ReplyDelete
  4. Wahhh menarik, kalau sampai ke Kuala Selangor boleh cuba makan kat sini. Harga pun agak berpatutan.

    ReplyDelete
  5. nampak sedap dan murah la kak. Boleh masuk dalam list ni

    ReplyDelete
  6. Julia pernah stay dan review hotel apps tu kak sue sekali dgn pakej naik bot tgk burung helang...pernah makan di restoren ni tp kami order ala carte je...wahhh kena cuba dah ada shell out...tq kak sue.

    ReplyDelete
  7. Saya tak pernah walau sekali Shellout ni... sebab jarang makan luar....

    ReplyDelete
  8. macam ada plan nak ke kuala selangor ni.. boleh la cuba2 tengok hotel ni..

    ReplyDelete
  9. terliurnye tengok shellout tu.. e'in tak penah try lagi..

    ReplyDelete
  10. Saya pernah makan sekali je tom yam kelapa masa thai festival. Sedap!

    ReplyDelete
  11. Kalo ke kuala selangor memang akan dok homestay punya tapi disebabkan blog sdri kena ke hotel utk try sheel out dia, perg meleleh tengok..

    http://jawatan-kosong-johor.blogspot.my/

    ReplyDelete
  12. terliur tengok menu semua tu nak kena terjah jugak ne

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️