Restoran Anjung D Tasek Biru BBQ & Steamboat Kuang

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue sekeluarga jalan-jalan cari makan ke Restoran Anjung D Tasek Biru BBQ & Steamboat Kuang. Apa yang menarik di Restoran Anjung D Tasek Biru BBQ & Steamboat Kuang nie ialah mengadap ke Tasik Biru. Masa Kak Sue datang tu sebelah malam, dah tak ada aktiviti apa-apa lah kat tasik tu. Kata pembantu kat situ kalau hari ahad ada jet ski dan macam-macam aktiviti lain, boleh la datang siang pula kan..

Restoran nie boleh tahan besar juga tau dan ada dua tingkat. Tingkat atas cuma ada beberapa pilihan meja dan bilik karoake. Sebelah bawah pula, ada lebih banyak pilihan meja dan mengadap ke Tasik Biru. Selain BBQ dan Steamboat ada juga pilihan masakan panas.
restoran anjung d tasek biru bbq & steamboat kuang
Restoran Anjung D Tasek Biru BBQ & Steamboat Kuang

Restoran Anjung D Tasek Biru BBQ & Steamboat Kuang

Sebelum nie Kak Sue beberapa kali lalu Restoran Anjung D Tasek Biru nie, sebab Kak Sue ke D'Manggis Steamboat.Rupanya kedua-dua restoran sama pemiliknya.Kali nie Abang Man pelawa kami sekeluarga makan kat sini pula, saja nak merasa makanan dan suasana kat sini kan..


restoran anjung d tasek biru bbq & steamboat kuang
restoran anjung d tasek biru bbq & steamboat kuang
restoran anjung d tasek biru bbq & steamboat kuang

Restoran nie ada bermacam pilihan buffet BBQ dan steamboat dari makanan laut, pilihan bebola seafood, sayuran dan pencuci mulut buah buahan dan ais krim.Dan yang istimewanya kat sini ada disediakan perapan kambing yang tak ada di restoran D'manggis.Kalau ikut selera Kak Sue perapan daging kambing agak manis, kalau dikurangkan sikit lebih sedap kut.Tapi terpulang kepada selera masing-masing kan..

Selain itu, kat sini juga ada disediakan perkhimatan untuk majlis perkahwinan, pertunangan, sambutan hari jadi, seminar, kursus, mesyuarat, aqiqah, reunion dan macam-macam lagi.Di sini juga ada disediakan kemudan surau dan tandas.Bagi korang yang berminat nak datang sini boleh lah tengok detail yang Kak sue kongsikan kan kat bawah nie ya..Selamat mencuba..papai!

Restoran Anjung D Tasek Biru Kundang

Alamat 
Komplek Pavillion, Jalan Tasek Biru 1,
Taman Tasek
48050 Kundang,Rawang, Selangor
No tel 
012 2802862 / 011 11705949
Facebook
Instagram

Post a Comment

8 Comments

  1. Meriahnya kak yg kat atas grill tu. 😋😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana.. selalu masak dulu banyak-banyak senang nak makan nanti :)

      Delete
  2. ohhhh... penah dgr restoran ni. tapi blom explore lagi

    ReplyDelete
  3. 1st time sampai sini. salam kenal kak sue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Siti Awadah sudi singgah, salam kenal juga :)

      Delete
  4. nampak sedap2 makanan ni semua

    ReplyDelete
  5. Here and there normal clients and recording their inclinations causes you to hold them for quite a while.siam orchid melbourne fl menu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️