Resepi Sotong Goreng Tepung

March 27, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue cuba menu baru masakan mengunakan sotong. Selalunya kalau Abang Man beli sotong, kalau tak goreng kunyit mesti masak sambal. Kali nie Kak Sue cuba masak Sotong Goreng Tepung. Kat rumah nie yang makan sotong Kak Sue dan Abang Man jaa.. anak-anak tak makan. Kalau buat Sotong Goreng Tepung kalau tak habis makan dengan nasi boleh ratah-ratah aja kan..tak membazir

Sebenarnya kan, sebelum nie Kak Sue nak cuba menu Sotong Goreng Telur Masin.Tapi Kak Sue takut nak masak sebab katanya sotong nie meletup - letup. Aduhai kalau jenis nak meletup bagai nie memang ngeri betul la.. Ada kisah ngeri kalau dengan goreng meletup nie, buat Kak Sue betul-betul trauma. Nanti bebila lah Kak Sue kongsi cerita ya..Jom kita tengok resepi dulu..

resepi sotong goreng tepung
Sotong Goreng Tepung


Sotong Goreng Tepung


Resepi Asal : The Vocket oleh Rafiza Idayu
Bahan - bahan :
sotong - dipotong kecil dan dibersihkan, tos dan ketepikan
1 biji bawang putih - dipecahkan ( Kak Sue tumbuk nampak hancur sikit dah)
1 camca cuka - Kak Sue guna cuka Epal, boleh beli dekat Aeon
1 biji telur
5 sudu tepung jagung
5 sudu tepung serba guna - (Kak Sue guna tepung gandum ja, tak dan nak beli dah)
Sedikit lada sulah
Sedikit garam

Cara - cara :
Gaul sotong dengan bawang putih dan cuka tadi
Masukkan lada sulah dan gaul lagi
Masukkan garam sikit dan gaul sebati selama 10 minit
Pukul telur tadi dan sebatikan telur putih dan kuning, jangan pukul beriya nanti telur jadi ringan dan tak berapa melekat pada sotong nanti

Proses Salut :
Celup sotong perapan tadi kedalam telur dan kemudian terus ke dalam tepung. Pastikan sotong disalut luar dan dalam
Proses nie penting untuk elakkan sotong meletop. Tepung bertindak sebagai bahan serap air dari badan sotong.telur pula bertindak sebabgi gam melekatkan sotong dengan tepung
Kak Sue buat satu-satu juga macam dalam resepi, sebab nak bagi nampak cantik.. ehehe..
Goreng bila minyak betul-betul panas
Masukkan satu-satu dan goreng jangan lama sangat
Kata empunya resepi seafood tak boleh overcooked sebab liat bila sejuk
Bila nampak dah ranggup dan sedikit kekuningan, boleh lah angkat
Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba

* Untuk info korang resepi nie memang tak meletup sangat, cuma meletup sikit ja masa nak angkat. Terlompat la juga tadi..ehehehe.. :)

You Might Also Like

8 ulasan

  1. Ermmm sedap ni kak..makan dengan sos..

    ReplyDelete
  2. Bab memetop tu yg letih kak. Tp bila dah masuk mulut tak pula rasa letih mengunyah. Hehe

    ReplyDelete
  3. Fav dania ni kak..selalu buat..

    ReplyDelete
  4. nampaknya saya pun nak cuba jugak, mana tahu anak anak suka

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap! Tapi malangnya elsa tak makan sotong hahaha

    ReplyDelete
  6. wah nampak mcm sedap gitu, tpi saya tak makan sotong..

    ReplyDelete
  7. Sedap sotong goreng tepung ni cicah dengan sos thai

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.