Resepi Sambal Telur Mudah dan Ringkas

March 17, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Dalam banyak-banyak masakan kat rumah Kak Sue, Abang Man dan anak-anak paling suka kalau Kak Sue masak sambal.Tak kira lah masak sambal apa, janji sambal memang bertambah depa makan.Kak Sue kongsikan kali nie resepi sambal yang mudah dan ringkas juga tips sambal tahan lama.Tips nie Mak Kak Sue yang kongsikan, kebetulan Mak memang berjual nasi lemak.Bila tengok Mak masak sambal bila Kak Sue balik kampung, Mak kongsikan laa tips sambal tahan lama nie.Senang jee..


Resepi Sambal Telur

Bahan -bahan :
4 biji telur - digoreng kemudian ketepikan
1 mangkuk kecil cili kering - di potong memanjang
2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia dikisar
1 keping asam gelugur
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara - cara :
Panaskan minyak, kemudian tumis cili yang dikisar tadi
Biarkan sambal mendidih sebentar
Masukkan gula,garam dan asam keping
Masak lagi sehingga sambal nampak pekat dan berkilat
Akhir sekali boleh masukkan telur tadi
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas

Tips Sambal Tahan Lama

Sambal tumis Kak Sue senang aja resepinya.Kak Sue pula kalau beli cili kering memang pilih cili kering yang panjang dan berkedut-kedut tu.Gunting secara memanjang sebab nanti bila kita cuci senang biji cili keluar.Lepas tu Kak Sue rebus cili kering sehingga mendidih, kemudin tutup api.Tapis dan cuci bersih bawah air paip nanti semua biji cili kering keluar.Bahaya juga kalau makan sambal banyak biji nie kan..dapat penyakit pula

Mak Kak Sue ada pesan kalau nak masak kuah pekat dan sedap letak banyak bawang.Kak Sue suka guna bawang besar.Masak apa semua guna bawang besar.Kalau ikut kata Mak Kak Sue masak sehingga kuah nampak pekat dan berkilat.Baru sambal tahan lama dan sedap.Akhir sekali baru kita masukkan bahan lain macam udang, daging, ayam atau telur mata pun boleh.InysaAllah tahan lama sambal kita tu nanti.Semoga bermafaat untuk semua ya..papai!

You Might Also Like

3 ulasan

  1. simple tapi ini la yang menyelerakan hehehe

    ReplyDelete
  2. Lauk macam ni yg buat makan bertambah...

    ReplyDelete
  3. makana org bujang ni kak sue..hihiih

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.