Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi

March 13, 2017

Assalamaualaikum,hai semua!Hari nie Kak Sue nak kongsi resepi Masak Lemak Pucuk Ubi.Resepi pun mudah sangat, buat pedas-pedas memang sedap.Masak Lemak Pucuk Ubi nie kalau kita kawankan dengan ikan masin atau ikan pekasam memang terangkat.Mau bertambah-tambah kalau makan dengan nasi panas.

Bahan-bahan pun mudah aja yang penting kena ada pucuk ubi lah dah bahan utamanya pucuk ubi kan.Nasib dekat rumah Kak Sue nie ada gerai atau kedai yang menjual sayur kampung.Pagi tadi balik dari hantar anak sekolah terus beli.Jom kita tengok resepinya ya...

resepi masak lemak pucuk ubi
Masak Lemak Pucuk Ubi

Masak Lemak Pucuk Ubi

Bahan - bahan :
1 ikat pucuk ubi
1/2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
14 biji cili padi - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci belacan - dikisar
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping
1 kotak santan Kara
Sedikit air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka

Cara - cara :
Rebus pucuk ubi sehingga lembut, kemudian toskan ketepikan
Masukkan semua bahan yang dikisar tadi kedalam periuk bersama santan dan sedikit air
Sukatan air ikut kesukaan masing-masing
Masukkan asam keping,serai dan asam keping
Masak kuah lemak tadi sehingga mendidih  
Kemudian masukkan pucuk ubi yang dah direbus tadi
Biarkan mendidih sebentar lagi,perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka
Sedia untuk dihidangkan


You Might Also Like

3 ulasan

  1. Sedapnya.. masakan kg ni... lawan dgn sambal belacan.. Perhhhh terangkat...

    Sis ditag tau... http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/03/the-sunshine-blog-award.html

    ReplyDelete
  2. Kan Cikla..sambal belacan dan ikan masin..memang terangkat..

    Terima kasih Cikla sudi tag Kak Sue..muahhh!

    ReplyDelete
  3. pergh sedap bil atengok kalo di makan tentu... melayang kan..
    terbaik sis..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.