Resepi Masak Lemak Ikan Talapia

11:32:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Kembali pada rutin harian kita ibu-ibu dan mak-mak nie, kerja rumah, memasak, membasuh dan semua lah.Selalu hari ahad rehat santai sikit kan,jadi hari nie penuh dengan rutin harin.Kak Sue suka aktiviti penuh macam nie, tak suka duduk keboringan!Hari nie awal pagi dah keluar hantar anak ke sekolah, balik terus singgah beli ikan.Terus dapat idea nak masak Masak Lemak Ikan Talapia masa Abang Man tengah pilih-pilih ikan tadi.Senang..balik terus sediakan bahan dan selesai masak cepat hari nie..

Resepi masak lemak nie senang aja sebenarnya tapi Kak Sue saja kongsi kat sini.Mana tahu kut ada yang baru belajar masak-masak kan.Kak Sue pun masih belajar lagi nie, banyak lagi masakan yang Kak Sue belum cuba resepinya.Mula-mula Kak Sue buat blog pun dengan niat nak kongsikan resepi yang Kak Sue dah cuba masak.Semoga perkongsian Kak Sue nie bermafaat untuk semua ya.Jom lah kita tengok resepi nya jom..

resepi masak lemak ikan talapia
Masak Lemak Ikan Talapia

Masak Lemak Ikan Talapia

Bahan - bahan :
1 ekor Ikan Talapia sederhana besar
1/2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
14 biji cili padi - dikisar
1 inci belacan - dikisar
1 batang bunga kantan - dipotong empat
1 batang serai - diketuk
1 kotak santan Kara
1 keping asam keping
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara - caranya : 
Masukkan semua bahan yang dikisar kedalam periuk
Masukkan santan, sedikit air, bunga kantan dan serai
Masak kuah lemak sehingga mendidih
Kemudian masukkan ikan,masak sekejap
Perasakan dengan garam,kemudian tutup api
Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba

Anda Juga Mungkin Meminati

4 comments:

  1. sedapnyaaaaa tapi ikan banyak tulang ni eddy tak makan,kalau buat makan sorang-sorang la jawabnya hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan Talapia tak banyak tulang sangat Sue..boleh la masak nanti ehehe..

      Delete
  2. Ikan talapia ada bela sendiri dulu, bila nak makan je pancing sendiri. Buat masak merah memang sedap sangat, lebih-lebih mak pula yang masak... kalau masak lemak, lagi lah meletop... pedas tapi nak tambah nasi lagi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah lagi untung bela sendiri, fresh gitu kan..Harus lah menambah makan kan....ehehe..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.