Resepi Makaroni Goreng Daging

March 05, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Selamat berhujung minggu bersama keluarga.Kak Sue sekeluarga tak kemana mana pun hari nie.Berehat aja kat rumah, cuma keluar sekejap beli stok barang makanan tadi.Kak Sue memang susah hati kalau stok makanan kat rumah nie berkurang kalau boleh nak sentiasa ada.Senang kalau anak-anak nak makan kan.Hari nie Kak Sue masak menu lain dari biasa,pertama kali cuba nie Makaroni Goreng Daging.Kadang makan nasi pun jemu juga kan,jadi hari nie cuba lah masak Makaroni Goreng Daging pula.

Kak Sue pertama kali cuba resepi Makaroni nie, dan Kak Sue tambah cili padi dalam masakan Kak Sue tu.Maklumlah tekak orang melayu mesti nak makan pedas kan.Korang tak nak letak pun tak apa kalau tak makan pedas.Kita yang buat dia kan..Kak Sue kalau masak kadang suka tambah-tambah ikut selera keluarga Kak Sue.Tak pedas tak berapa minat depa nie..Okay,jom kita tengok resepinya ya..

makaroni goreng daging
Makaroni Goreng Daging

Makaroni Goreng Daging

Bahan - bahan :
500 gram daging cincang Ramlee
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dipotong dadu
18 biji cili padi - dipotong kecil
1 botol sederhana pes tomato Kimball
1 kiub ayam Knorr
Pilihan sayur ikut kesukaan masing-masing
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam

Cara - cara :
Panaskan minyak,tumis bahan yang dipotong dadu dan cili padi sehingga naik bau
Masukkan daging,masak sehingga empuk
Kemudian masukkan pes tomato,kacau dan masak sehingga mesra
Masukkan kiub ayam Knor kacau lagi
Masukkan sayur,kacau sehingga sayur masak
Akhir sekali perasakan garam ikut selera masing-masing
Tutup api, sediakan untuk dihidangkan

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Sedapnya kak. Terliur pulak saya tgk. 😘

    ReplyDelete
  2. Saya kurang minat makaroni tapi wife dan anak-anak suka... selalu wife buat untuk mereka je... saya cuit-cuit sikit... masukkan daging macam kak sue nanti saya suruh wife cuba... selalu kosong je... hehe...

    ReplyDelete
  3. Ringkas dan cepat. Looks so yummy!

    ReplyDelete
  4. tengok gambar terus lapar

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.