Resepi Ikan Siakap Sweet Sour

March 02, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Rasanya ikan yang paling menjadi kegemaran kami sekeluarga..ikan siakap kut.Abang Man memang kerap beli ikan nie kalau beli barang basah.Kalau kat NSK harga tak mahal sangat seekor dalam Rm10 lebih macam tu.Ikan nie masak apa pun sedap dan hari nie Kak Sue masak Ikan Siakap Sweet Sour.Resepi pun senang aja, semua bahan memang ada kat rumah dan cepat siap.

Dulu kan masa Kak Sue tinggal di Pandan Mewah kira setiap minggu Abang Man akan pergi memancing kat kolam berbayar depan rumah kami.Alhamdullilah selalunya setiapkali memancing mesti dapat Ikan Siakap nie tau.Kadang tu sampai empat,lima ekor dapat tau.Rezeki kami kut masa tu,Kak Sue pulak tengah mengandungkan Kakak.Sampai pernah lah Mak Kak Sue siap bawak balik ikan ke kampung sebab dah banyak sangat ikan kat dalam peti ais.

Sekarang nie lama dah Abang Man tak pergi memancing salah satu aktiviti kesukaan Abang Man.Sibuk sangat dengan urusan seharian,tambah dah bekerja sendiri nie kan.Kang tak bergerak tak makan..ehehe..Okaylah cukup dah sembang,jom kita tengok resepinya ya..

resepi ikan siakap sweet sour
Ikan Siakap Sweet Sour

Ikan Siakap Sweet Sour

Resepi Asal : Azie Kitchen
Bahan -bahan :
1 ekor ikan siakap - gaul dengan garam dan kunyit
1/2 biji bawang besar - dihiris halus
4 biji bawang putih - dihiris halus
1-2 inci halia - dihiris halus
10 biji cili padi - dihiris
1 biji tomato - dipotong bulat atau ikut kesukaan masing-masing
1/2 cawan tomato sos
1/2 kiub ayam Knor
Sedikit sos ikan
Sedikit cili kisar
Sedikit gula dan garam
Air tepung jagung - Kak Sue tak letak

Cara - cara :
Panaskan minyak,kemudian goreng ikan sehingga garing.Angkat dan ketepikan
Tumis bahan yang dihiris halus tadi sehingga naik bau
Kemudian masukkan cili kisar dan biarkan sehingga cili masak
Kemudian masukkan sos tomato,sos ikan,gula,garam,kiub ayam Knorr dan sedikit air
Perasakan dan tutupapi dan tuang sos sweet sour atas ikan tadi
Sedia untuk dihidangkan


You Might Also Like

6 ulasan

  1. antara menu wajib ikan siakap kan Sue :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Ana..anak-anak pun suka :)

      Delete
  2. Daging siakap memang sedap... ikan favorite gak ni... tq share resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..Kak Sue pun suka..welcome :)

      Delete
  3. sedapnya , lapar pulak saya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.