Resepi Daging Balut Salad

March 14, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie Kak Sue nak kongsi makanan kegemaran anak dara Kak Sue, Kakak.Selalu kalau menu kat rumah berasaskan daging Kakak akan ambil sikit untuk buat daging balut salad.Konon-konon makanan ala korea gitu.Daging balut salad nie daging yang digoreng kemudian dibalut dengan nasi dan daun salad.Kakak memang suka sangat makan macam nie..meh Kak Sue kongsikan cara nak buat ya, senang gila!Ehehe...

resepi daging balut salad
Daging Balut Salad

Daging Balut Salad

Bahan - bahan :
Sedikit daging batang pinang
Sedikit daun salad
Sedikit nasi
Sedikit minyak untuk mengoreng
Sedikit serbuk lada hitam

Cara -cara :
Daging dihiris nipis, cuci bersih dan toskan
Panaskan kuali dan goreng sehingga garing (Kalau suka boleh gaul dengan bawang yang dikisar dan kicap tapi Kakak suka goreng kosong aja)
Dah garing angkat dan ketepikan.
Cuci daun salad, tos dan ketepikan

Cara nak balut ambik daun salad, sendukkan nasi dan daging kemudian letak serbuk lada hitam kemudian balut.Dah siap..senang aja.Kalau setiap kali Kak Sue masak daging Kakak dan adik-adiknya memang suka makan macam nie.Kalau korang suka boleh la cuba nanti ya..papai!

Resepi ala korea yang lain korang boleh singgah sini Resepi Tteokbokki Versi Melayu

You Might Also Like

7 ulasan

  1. ini orang korea panggil samgyepsal.. (camne natah eja).. suke buat ni.. isi udang/ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak eja ya..owh lain kali boleh cuba udang dan ayam pulak kan..tq for sharing :)

      Delete
  2. Ala korea gitu kak sue. Nampak sedap dan fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..kenkonon kan, anak dara Kak Sue memang suka sangat..

      Delete
  3. Wah simple dan nampak sedapap, bole la try nanti..tq

    http://jawatan-kosong-johor.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Menarik la kak sue...boleh cuba nanti

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.