Resepi Air Barli

9:54:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Adik anak bongsu Kak Sue memang suka sangat minum air barli.Dah beberapa hari Adik minta Kak Sue buatkan, tapi kat rumah dah habis stok barli pagi tadi baru Abang Man belikan.Adik tak berapa sihat hari nie, demam, batuk dan suara pun serak.Kesian betul Ibu tengok..Elok sangat lah bila Adik demam minum air barli sebab dikatakan boleh sejukkan badan.Cara buat air barli pun mudah sangat, tak ada lah mengambil masa yang lama atau merenyahkan..

air barli
Air Barli sejukkan badan

Air Barli

Bahan
1/2 peket barli
Air secukupnya
Gula secukup rasa
Daun pandan - Kak Sue tak letak tadi

air barli
Air Barli kesukaan Adik
Cara Menyediakan
Cuci bersih barli tadi
Masukkan barli ke dalam periuk bersama air secukupnya
Rebus barli sehingga kembang
Bila dah kembang, tutup api boleh lah sediakan untuk diminum
Bancuh gula dengan air panas atau suam,kemudain tambahkan air dan barli ke dalam cawan.Sedia untuk diminum sejuk atau panas

*Dalam resepi Azlita boleh ambil sedikit barli kemudian dikisar dan masukkan dalam periuk semula.Kak Sue pun nak cuba nanti :)


Anda Juga Mungkin Meminati

1 comment:

  1. Orang kata bagus barli ni, untuk sejukkan badan...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.