Mencabar Diri

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie Kak Sue ke Sunway Lagoon untuk 'Participation In An Immunity Boosting Gummies Taking Session For Malaysia Book Of Records'.Meriah gila tau..tapi bukan Kak Sue nak sembang tentang event tu..Kak Sue nak kongsi hari nie Kak Sue mencbar diri Kak Sue.Sebenarnya Kak Sue nie takut pada ketinggian dengan kata lain gayat!Tadi entah macam mana rasa terlintas kat hati nak cuba naik jambatan gantung Suspension Bridge kat Sunway Lagoon.Sesekali apa salah mencabar diri kan..

mencabar diri,jambatan gantung sunway lagoon
Mencabar diri menyeberang Jambatan Gantung Suspension Bridge

Sesekali Mencabar Diri


Masa mula naik tangga nak ke jambatan gantung,Kak Sue dah rasa semacam.Menyungap kut sebab jarang bersenam,tenaga tak kuat!Rasa macam tak mampu pula nak teruskan.Ada la dua,tiga kali Kak Sue berhenti ambik nafas..huhuhu..rasa letih gila naik tangganya..Sampai kat atas, dah satu bab lagi.Tengok bawah,alamak..tingginya ya Tuhan!

Dalam hati takan nak patah balik,anak-anak dan kawan dah mula melangkah.Gigihkan diri lah juga seberang jambatan gantung memang sambil berjalan tu mulut tak berenti lah Kak Sue..memang gayat dan takut gila okay!kena pulak ada budak-budak muda menyakat dalam hati menyumpah aja..hahaha..takut woi!Nasib ada Kakak tolong pegang tangan ibu dan bagi semangat..Kalau tak mau meraung kat atas tu..

Akhirnya..sampai juga penghujung jambatan, memang masa tu berpeluh sakan.Rasa kalau buat tiap hari tak payah bersenam dah.Harap lepas nie kurang lah sikit perasaan gayat Kak Sue tu kan..Korang tak mau cuba ke naik jambatan gantung Sunway Lagoon tu?Cubalah rasai 'keseronokkan' jambatan yang bergoyang-goyang terpanjang di dunia nie nanti tau..baru lengkap aktiviti kalau ke Sunway Lagoon.Selamat mencuba, papai!

Post a Comment

9 Comments

  1. Ya Allah bestnya naik jambatan tu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tu memang best tapi rasa hazab nak sampai hujung tu Allah aja yang tahu..ahahaha..

      Delete
  2. gayatttttttt.. hahahaha pitam saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..gayat pun laju gila Anil jalan,yang akak terkedek-kedek aja..tapi seronok kan..

      Delete
  3. hehehe..itu nasib baik.jambatan lebar kak sue..
    kalau sempit rasanya lagi bertambah gayat.
    patah balik nnti.
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shark..kalau sempit rasanya konpem patah balik..hahaha..

      Delete
  4. Kak Sue memang gayat Ain..tapi dapat penyakit nie lepas terkejut tengok eksiden rasanya..lemah semangat..kalau besar tapak kaki..memang tak naik lah..hahaha..takot!

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah lagi jejak sunway lagoon. Ramai orang cakap best sebab banyak game kat sini.

    ReplyDelete
  6. Sep sikit..saya pun penggayat juga...nanti kot sesat ke sunway lagoon, boleh la cabar diri lalu kat jambatan gantung ni...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️