Mee Udang Banjir Udang Galah Kuala Selangor

9:53:00 PM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie kami sekeluarga ke Sabak Bernam ada urusan sikit.Kali nie Abang Man pelawa kami sekeluarga ikut nanti boleh juga jalan-jalan cari makan.Dalam perjalanan balik kami singgah ke restoran Mee Udang Banjir Udang Galah Kuala Selangor.Sebelum nie Abang Man dan Kakak pernah singgah ke sini dah, kali nie nak bawa kami sekeluarga pula merasa Mee Udang Banjir Udang Galah nie..teruja juga nak tau apa rasanya kan..ehehe..

mee udang banjir udang galah kuala selangor
Restoran Mee Udang Banjir Udang Galah Kuala Selangor

Mee Udang Banjir Udang Galah


Restoran Mee Udang Banjir Udang Galah nie terletak di Kuala Selangor, kalau dari rumah Kak Sue dalam 40 minit aja.Restoran nie betul-betul tepi jalan dan parking pun luas dan selesa.Kalau nak solat pun ada surau disediakan juga kat sini.Hari nie agak ramai juga pelanggan yang datang kebetulan hari minggu kan, jadi order tu macam lambat sikit sampai lah..kena bersabar sikit ya..

Kak Sue order Mee Udang Banjir Udang Galah, kongsi aja dengan Abang Man sebab banyak katanya, nanti tak terhabis pulak.Kakak order Nasi Goreng Cili Padi kongsi dengan Adik dan Abang order Mee Goreng Udang.Udang kat sini semua udang galah dan besar-besar semua memang puas makan.Selain pada tu ada jual tapai ubi dan tapai pulut pada yang suka boleh lah rasa atau tapau balik

mee udang banjir udang galah kuala selangor
Nasi Goreng Cili Padi
mee udang banjir udang galah kuala selangor
Mee Goreng Udang

mee udang banjir udang galah kuala selangor
Mee Udang Banjir Udang Galah
Bagi Kak Sue lebih suka Nasi Goreng Cili Padi dan Mee Goreng Udang memang sedap dan kena dengan tekak Kak Sue sekeluarga.Mee Udang Banjir tu bagi Kak Sue bukan lah tak sedap tapi kuah sedikit manis, Kak sue kan suka makan pedas bila manis tu macam kurang sikit lah.Terpulang lah pada selera masing-masing mungkin pada selera orang lain mereka suka rasa macam tu kan.Atau lain kali boleh suruh buat pedas sikit kan..

Kalau korang jalan-jalan cari makan area Selangor boleh lah datang singgah Restoran Mee Udang Banjir Udang Galah nie tau.Selamat mencuba..papai!






Anda Juga Mungkin Meminati

6 comments:

  1. Nasib baik dah kenyang makan malam tadi. Hahaha. Kalau tak, jenuh nak mencari . Hahaha

    ReplyDelete
  2. kampung elsa dekat bagan datoh, perak. jadi memang akan lalu jalan sini saja. tu yang kalau rasa nak makan tu berhenti sini hehe

    singgah :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/ulang-tahun-pertama-blog-elsaalicious.html

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap mee udang tu kak sue. Last ana makan di BNO last 2 years. Boleh tahan juga rasanya.

    ReplyDelete
  4. Terliurnya tengok udang dia.. Dah la mmg udang tu fav iols :)

    ReplyDelete
  5. Pernah try dkt sana, memang sedap dan menyelerakan... kena pulak dok tepi pantai tu tengok bot keluar masuk jeti, memang best.

    http://jawatan-kosong-johor.blogspot.my/

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.