Koleksi Mug Hello Kitty

March 28, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Sebenarnya kan Koleksi Mug Hello Kitty bersama Kit Kat nie dah lama Kak Sue beli. Masa memula keluar tu, gigih Kak Sue cari kat Aeon Anggun Rawang, tapi yang tinggal bukan mug Hello Kitty. Yang corak biasa aja, tapi beli juga lah sebab Kak Sue pun memang pengemar Kit Kat kan.. Beberapa kali datang akhirnya dapat juga koleksi terbaru nie..

Koleksi Terbaru Mug Hello Kitty


Entah macam mana Kak Sue boleh terjebak pula dengan barangan Hello Kitty nie.Nampak cute pula kan. Kakak anak dara Kak Sue yang seorang tu sikit pun tak heran dengan Hello Kitty, Ibu nak belikan pun Kakak tak mau. Siap cakap kat Ibu, Ibu nie macam budak-budak lah nak ber Hello Kitty bagai..hahaha.. Dah terminat, nak buat macam mana kan.. Bertabah aja lah Kakak ada Ibu macam nie..hihihi..

Sebelum nie anak buah Kak Sue yang peminat tegar Hello Kitty, sekali bila tengok barangannya macam cantik ja, macam comel ja. Tersuka tanpa sengaja. Kalau ada koleksi Hello Kitty dari Kit Kat memang Kak Sue belilah. Dapat bekas dan mug sekali kan. Boleh guna untuk isi Kit Kat atau barang makanan yang lain. Nampak lebih kemas dan cantik.. wah gituuuu. Lepas nie tak tahu Kit Kat keluarkan lagi tak koleksi Hello Kitty tapi barang lain pula kan. Kalau ada harus bertambah lagi koleksi Hello Kitty Kak Sue.. jumpa lagi ya, papai!

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Comelnye design hello kitty tu kak sue. Geram pulak tgk 😍😍

    ReplyDelete
  2. cantik,2 3 kali ternampak kt kedai tapi eddy dah warning hahahah mug banyak dah kat umah heheheh

    ReplyDelete
  3. kitorg pun ada 2 koleksi hello kitty sb anak-anak peminat hello kitty

    ReplyDelete
  4. Memang comel Hello Kitty ni.. ada juga lelaki yang saya kenal minat sangat dengan Hello Kitty

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.