Kami Suka Makan Sayur

March 06, 2017

Asssalamualaikum,hai semua!Alhamdullilah keluarga Kak Sue semua suka makan sayur.Kalau yang Kakak anak dara Kak Sue yang seorang tu semua sayur Kakak suka.Abang dan Adik memilih juga sayur, ada jenis sayur yang mereka tak makan.Kak Sue memang dari kecil dah ajar anak suka makan sayur.Senang kan bila dah besar tak ada lah sampai kita nak kena paksa anak-anak kita kan..

kami suka makan sayur
Kami suka makan sayur - buat salad macam nie pun sedap

Kebaikan Suka Makan Sayur

Banyak kebaikan makan sayur nie tau dan hasil pembacaan Kak Sue juga sayuran nie dapat memenuhi nutrisi untuk perkembnagan fizikal dan emosi kita.Macam Kak Sue sendiri, masa anak-anak Kak Sue masih bayi lagi Kak Sue masakkan bubur nasi yang dicampurkan dengan sayur.Jadi memang dari kecil dah terbiasa makan sayur ..Sampai sekarang setiap hari antara menu wajib kat rumah Kak Sue kena ada sayur..

Selain pada tu, sayur juga dapat mencantikan kulit kita dan dapat mengawal masalah kesihatan.Contohnya macam bayam selalu dicadang dimakan untuk tambah darah, lobak katanya untuk terangkan mata, timun untuk sejukkan badan dan macam-macam lagi lah kan.Kira tak rugi kalau kita suka makan sayur nie sebab memang banyak kebaikannya

Korang yang tak makan sayur tu lepas nie rajin-rajin lah makan sayur tau.Bukan hanya untuk kesihatan tapi untuk kecantikan juga.Kalau tak lalu nak makan sayur boleh buat salad ke,ulam ke pun boleh.Haaaa...tu aja lah sembang-sembang Kak Sue kali nie, jumpa lagi nanti ya...papai!


You Might Also Like

8 ulasan

  1. SA pun suka makan sayur...takde sayur macam x lengkap kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita ya SA..betul tu kalau tak ada rasa tak lengkap menu setiap hari :)

      Delete
  2. makaih.. hijau nye kak.. hahaha~ atie pon makan sayur jugak tapi tak boleh terlampau hijau gini.. pitam.. dia nak kena ade kaler kaler lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. akak memang suka hijauuu..

      Delete
  3. Keluarga saya bukan jenis makan sayur, dah cuba paksa, tak lalu tekak anak-anak, terpaksa masak bersup supaya dapat juga zat sayur tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ya ka..tak apa janji ada ikhtiar nak bagi anak-anak makan kan..

      Delete
  4. sayur mmg bagus untuk kesihatan.. amalkan makan sayur. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Busyra..Kak Sue sekeluarga memang suka makan sayur..kadang ratah-ratah ja..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.