Gerai Minuman Man Java

Assalamualaikum, hai semua!Alhamdullilah hari nie gerai minuman Man Java dah beroperasi balik macam biasa.Sebelum nie terpaksa ditutup sebab operasi MPS dan kekurangan pembantu.Bila dah selesai hal lain, Abang Man buat keputusan nak mulakan balik berniaga macam biasa.Zaman sekarang nie nak kena ligat memikir macam mana nak tambah pendapatan, harap satu kerja alamat sesak nafas dibuatnya..ehehe.Korang yang tinggal kawasan berhampiran boleh lah datang singgah gerai minuman Man Java nie nanti ya..

gerai minuman man java
Jom singgah gerai minuman Man Java


Jom Singgah Gerai Minuman Man Java


Gerai kami beroperasi setipa hari kecuali hari Jumaat.Mula operasi dari 10 pagi hingga 6 petang.Kami juga ada menerima tempahan air balang berbagai jenis air untuk sebarang majlis dan juga tempahan Pati Kelapa Laut dan juga buah kelapa laut.Tak kira lah untuk minum sendiri atau untuk yang nak berniaga.Siap ada khidmat nasihat lagi bagi untuk yang mula nak berniaga..percuma aja tau..

Untuk bulan puasa nanti macam biasa kami berniaga di Pasar Ramadhan Bandar Tasik Puteri aja.Order untuk tempahan pati kelapa laut untuk bulan puasa pun dah mula kami terima.Nanti Kak Sue akan bagi tahu kat sini bila korang semua boleh mula buat order dan juga tarikh tutup order ya.Sila alert nanti ya, sebab kami tak terima lagi order atau sebarang rayuan selepas semua order ditutup dan yang dah ditetapkan.Bukan apa takut tak mampu nak memenuhi order, nanti buat orang marah pula kat kami..huhuhu..

Terima kasih kepada keluarga, kawan- kawan dan semua pelanggan yang setia menyokong kami selama nie.Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat..Aamiin ya rabbalallamin..Rezeki sama dikongsi!

Korang boleh singgah sini untuk lebih detail Kelapa Laut Man Java - Senarai Peniaga Pasar Ramadhan 2016

Post a Comment

3 Comments

  1. teringin nak rasa kedondong dgn kelapa laut tu.. akak gi photoshoot tak nanti? nak pati boleh?
    good luck ye kak sue dan abg man!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sue tak pergi la Ita..nanti Ita whatapps Kak Sue ya..

      Terima kasih Ita :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️