Durian Dari Tanjung Keramat

March 20, 2017

Assalamualaikum, hai semua!Rezeki kami sekeluarga dapat makan Durian dari Tanjung Keramat.Minggu lepas Kak Sue ada event di Sunway Lagoon dengan Adik dan Kakak.Abang Man dan Abang pula plan balik kampung sebab ada kenduri kahwin kat kampung sambil nak jumpa kawan-kawan.Ngam-ngam balik kampung durian dah luruh memang rezeki lah kan nak merasa durian dari Tanjung Keramat.. tau-tau masa jemput kami balik dari event tu kereta kuat dah bau durian..pening sat rasa kepala nie..


Rezeki Balik Kampung Dapat Durian


Sekarang sebenarnya bukan musim durian pun.Kat kampung Abang Man satu pokok aja berbuah, rezeki untuk keluarga aja merasa.Rezeki Abang Man balik kampung dapat durian hari tu.Pokok nie isi memang best tebal dan sedap melekat!Kak Sue makan empat ulas dah stop kang makan banyak-banyak takut sakit kepala pula.Anak dara Kak Sue memang kaki durian entah berapa ulas Kakak tibai.Ada lebih sedekah kat kawan dua biji pastu buat bubur durian..makan dengan pulut, memang puas makan kan bila buat bubur..


Bubur durian Kak Sue guna sebiji durian aja.Cukuplah untuk sekeluarga makan.Siap aja masak dua mangkuk juga Kak Sue makan, Kak Sue memang suka bubur durian makan dengan pulut.Rasa puas makan..kalau beli kat pasar malam sebungkus RM6 seulas durian aja..ya lah durian kan mahal sekarang.Nie buat sendiri, pokok sendiri memang puas la juga makan kan..

Tak tau masih ada lagi ka durian kat kampung sebab buah tak banyak kan.Tapi Alhamdullilah dapat lah kami semua sekeluarga dapat merasa seorang sikit.Tunggu musim buah durian kat kampung Kak Sue pula, Batu Kurau yang terkenal dengan buah durian yang sedap tu..Jumpa lagi..papai!

You Might Also Like

3 ulasan

  1. Sedapnya makan durian. Dekat sini tak jumpa lagi durian. Jadi lepas kan rindu makan aiskrim durian je kak. Huhu

    ReplyDelete
  2. buah paberet saya ni,kan.. hehehe anak-anak pun suka

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa!!!! Lama dah tak makan durian

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.