Doakan Yang Terbaik

March 31, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Adik dah mula ke peringkat yang lain dalam pembelanjaran Adik. Alhamdullilah, syukur dan seronok Kak Sue bila dapat tahu dari Adik dua hari lepas, kemain ceria lagi Adik bercerita. Kita sebagai ibu bapa doakan yang terbaik aja untuk anak-anak kita kan. Tak kisah apa pun yang anak-anak kita buat asalkan tak melawan fitrah dan hukum agama kita beri sokongan dan doakan yang terbaik untuk meraka..
doakan yang terbaik


Doakan Yang Terbaik


Macam Kak Sue kongsikan tadi, kita sebagai ibu bapa memang sentiasa nak benda yang terbaik untuk anak-anak kita kan.  Walau pun kadang apa yang kita nak atau rancangkan untuk masa depan anak kita tak berjalan dengan lancar, kita anggaplah semua itu ujian dari Allah. Pasti ada hikmahnya.. Kita kena terima dan berlapang dada..

Paling penting, kita sebagai ibu bapa jangan bandingkan anak-anak sebab setiap anak kita ada kelebihan masing-masing. Mungkin ada anak-anak kita tak cemerlang dalam pelajaran tapi mereka mahir dalam bidang lain. Semua tu Allah dah susun untuk kita..

Bagi diri Kak Sue didikan agama paling penting kita terapkan pada anak-anak dari mereka kecil. Biar mereka terbiasa dengan takutnya melakukan kesalahan dan dosa. Berbuat baik dan ada pembalasan atas setiap tindakan mereka. Zaman sekarang nie memang sangat menguji tanggungjawab kita sebagai ibu bapa kan.. Semoga anak-anak kita cemerlang dunia dan akhirat. Menjadi anak yang soleh dan solehah.. aamiin ya rabb.. Papai!








You Might Also Like

4 ulasan

  1. InsyaAllah mudah-mudahan kak. Semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  2. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehan. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah bila dididik dari kecil tentang ilmu yang berguna in shaa Allah ia dapat menjadi pelindung kepada anak-anak kelak.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.