Dapur Meletop... !

9:47:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie kan belum sempat masak dapur meletop dah..!Terkejut juga Kak Sue tengah rehat - rehat kat ruang tamu sambil rendam sotong yang Kak Sue keluarkan dari peti ais untuk menu hari nie.Tetiba dengar macam kaca jatuh pecah berderai.Ingatkan ada cawan atau pinggan yang jatuh rupanya dapur meletop lah pulak..Terus takut nak ke dapur dah la Abang Man pun tak ada..

dapur meletop
Dapur Meletop pecah berderai kaca

Dapur Meletop Kaca Berderai

Sebenarnya dapur masak kat rumah Kak Sue dah lama,dah hampir tujuh tahun sama masa Kak Sue baru pindah rumah nie dulu.Dah lama dah dapur tu berkhidmat untuk kami sekeluarga.Lama-lama dapur pun tahu penat dah kan.Situ la masak-masak lauk, situ lah masak barang pati kelapa laut kadang-kadang tu..penat dah dapur tu kan..huhuhu..

Dapur rumah Kak Sue jenis yang kaca tu,tetiba meletop bahagian bucu dapur tu sampai terpelanting kaca kat lantai dapur ada yang sesat sampai ruang tamu.Kak Sue tunggu sampai Abang Man balik baru la berani nak intai dapur.Rupanya habis retak seribu dah semua.Memang dah tak boleh pakai dah..Abang Man terus cabut kepala gas dan keluarkan terus dapur tu...Nampaknya nak kena beli dapur yang baru lah,kalau tak macam mana nak masak..
dapur meletop

Kami terus keluar cari dapur kat kedai elektrik berdekatan, boleh tahan juga harga dapur nie pun.Tengah ekonomi yang segala macam mahal nie, kami beli yang paling murah aja lah...ehehe..janji boleh pakai dan nak masak sudah.Abang Man pilih dapur jenis Hitec dan ada waranty setahun.Okay lah tu kan yang lain semua mahal-mahal, dan ada sama harga macam mesin basuh aoutomatik tu dah, ribu riban hokay!

Hari nie Kak Sue masak pakai dapur baru lah..Ada taukey kedai tu bagi tips tadi katanya jangan letak periuk atau benda panas secara terus atas kaca tu,mungkin sebab tu juga boleh buat dapur meletop.Rasanya tak pernah kut letak situ,tapi mungkin kadang kami tenggek periuk besar atas tu kan jadi haba atas permukaan kaca tu kut yang menyebabkan dapur tu meletop.Harap lepas nie jangan lah meletop lagi dapur Kak Sue..takot owww..nasib lah tak ada apa-apa yang jadi tadi.Okay lah..jumpa lagi korang,papai!




Anda Juga Mungkin Meminati

5 comments:

  1. Seram dengar... Irra pon yg baru ni beli kaca...cantik la sikit...hihi

    ReplyDelete
  2. Adoi kak...ngerinya. nsb baik akak tak de kat dapur semasa kejadian kan.

    ReplyDelete
  3. Selamat tak jadi apa-apa yang lebih teruk... sebenarnya benda tu dah lama kot... memang retak menati belah...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.