Cendol Bandar Country Home Rawang

March 24, 2017

Assalamualaikum, hai semua!Kak Sue dan keluarga memang peminat cendol.Kalau ke gerai Cendol Bandar Country Home Rawang pilihan Kak Sue selalunya Cendol Kacang Merah atau Cendol Pulut.Kena pula kalau cuaca panas kan, memang sedap layan cendol.Gerai nie tepi jalan aja, bawah pokok lagi..memang best kalau lepak gerai bawah pokok nie bersantai bersama keluarga kan...relaks jaa..

cendol bandar country home rawang
Cendol Bandar Country Home Rawang - Cendol Kacang Merah


Cendol Bandar Country Home Rawang


Kadang Kak Sue dan keluarga memang suka datang lepak kat sini bila ada masa terluang atau Kak Sue cuti masak.Kalau kebetulan lalu situ tapi ada urusan lain tak dapat nak lepak kami tapau aja balik rumah.Selain cendol kat gerai nie ada jual menu lain macam laksa, mee rebus dan rojak mamak.Memang ngam kalau dilawankan dengan cendol kan.Kalau hujung minggu tu kadang sampai tak ada meja kosong sebab ramai orang yang datang

Gerai nie tepi jalan dan bersebelahan dengan kedai-kedai runcit dan tak jauh dari masjid Bandar Country Home.Kalau dari Aeon Anggun Rawang korang belok sebelah kanan dan nampak dah gerai nie dari jauh.Ada lori putih dan khemah biru..situ lah gerai cendol yang Kak Sue selalu pergi.Korang kalau ada jalan-jalan ke Bandar Country Home jangan lupa singgah sini tau.Jumpa lagi di entri jalan-jalan cari makan Kak Sue yang lain..papai!

You Might Also Like

7 ulasan

  1. lama tak makan cendol bawah pokok tepi jalan hehehe area sini banyak gak,sekali ngan laksa,tapi sue kureng skit laksa,tapi cendol memang suka la hehehe...dah kurang layan sebab dok kontrol tak nak minum air sejuk n ais selalu heheheh..

    ReplyDelete
  2. Kak sue ni. pagi2 bg Awa kecur airliur tau. Cendol adalah salah satu fav Awa. Seminggu mesti minum sekurang2nya sekali kalau tak rasa mcm tak lengkap hehe

    ReplyDelete
  3. lama dah tak makan cendol! hakhak orang rawang awesome awesome belaka kan!

    ReplyDelete
  4. Musim musim panas sedap kalau pekena cendol

    ReplyDelete
  5. Tengah panas dapat ni kak memang layan. Dapat pula cendol durian. Sedapnya 😘

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.