Sunnah Ketika Masak

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue nak kongsi sunnah ketika masak . Sunnah ringkas nie dikongsikan di group whatapps oleh ahli ke...

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue nak kongsi sunnah ketika masak. Sunnah ringkas nie dikongsikan di group whatapps oleh ahli keluarga, macam biasa Kak Sue kongsikan pula kat sini semoga menjadi panduan untuk kita. Jom kita tengok antara sunnah ketika masak..

sunnah ketika masak
Jom kita amalkan sunnah ketika  masak - Gambar Kredit To Suhaida Sue

Sunnah Ketika Masak

Antara sunnah ketika masak ialah
1. Tutup aurat ketika masak
2. Adun dan kacau makanan dari kanan ke kiri
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air
4. Ketika sedang memasak perbanyakan zikir dan menyebut kebesaran Allah ( baik untuk Ibu yang ingin membentuk anak-anak)

Haa..itulah antara sunnah ketika masak. Ada juga doa yang diajarkan oleh arwah nenek sebelah Abang Man tapi Kak Sue lupa, nak kena cari balik doa tu nanti. Banyak sebenar doa dan amalan yang diajar oleh keluarga mertua pada Kak Sue. Nanti InsyaAllah Kak Sue kongsikan kat sini ya.

Selalunya kalau basuh beras atau makanan lain Kak Sue amalkan selawat kepada junjungan Rasullulah SAW. Rasanya amalan nie dah biasa kut orang lain pun amalkan. Semoga bermafaat ya untuk korang, jom kita amalkan sunnah ketika masak, masak dengan ikhlas dan masak dengan penuh kasih sayang.. papai!

You Might Also Like

5 ulasan

  1. mak aina pun selalu pesan. sambil2 basuh ayam ikan tu sambil selawat.

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing kak su:)

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bagus ini kak su

    ReplyDelete
  4. Info yang baru untuk saya, terima kasih sharing...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.