Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat di Klang

February 12, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Semalam lepas selesai urusan Kak Sue kat sekolah Adik kami sekeluarga singgah makan di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat di Klang.Selalu bila lalu depan restoran nie nampak ramai betul orang singgah.Memang ada simpan niat nak singgah Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat nie,sebab kami sekeluarga memang suka makan seafood..cuma kadang tu kejar masa

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat


Umang - Umang Buffet BBQ & Steamboat


Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat nie kalau kita dari Klang nak ke Puncak Alam berada di sebelah kiri,tepi jalan aja.Senang aja kalau nak cari.Selalu kalau kami lalu nak melawat atau jemput Adik dari asrama nampak ramai sangat orang,parking pun penuh aja..macam teringin nak singgah cuma belum sempat aja.Semalam kebetulan lalu situ Abang Man pelawa kami singgah makan malam terus kat situ..

Masa Kak Sue sampai tu boleh katakan kebanyakan meja dah di tempah awal oleh pelanggan.Nak jadi rezeki kami sekeluarga masih ada meja kosong,boleh lah merasa kat sini kali nie.Kami di beri meja sebelah luar,tak berbumbung kira macam free air gitu,sekali tak lama lepas tu hujan pula kelam kabut pindah bawah bumbung.Nasib baik lah pekerja kat situ cepat bertindak dan mesra layanannya..

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Pilihan sayur di Restoran Uamang - Umang BBQ & Steamboat

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Pilihan bebola dan seafood di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Pilihan daging,ayam dan seafood di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat
Macam restoran steamboat yang lain,kat sini pun ada dua pilihan kuah iaitu sup atau tomyam.Macam biasa Kak Sue pilih kuah Tom Yam,boleh tahan lah rasa kuahnya.Pilihan seafood dan sayur pun banyak juga cuma nak snap gambar tak dan sebab rasa macam mengganggu orang nak ambil makanan kan..sebab orang memang ramai kat sini.Pilihan sos pun ada memacam sos,Kak Sue pilih black pepper..macam biasa sos pilihan kami sekeluarga

Pilihan lain ada Nasi Putih,Nasi Goreng dan Mee Goreng dan untuk desert ada Bubur Hitam,Buah Tembikai dan Kerepek.Nanti bila kita dah siap makan semua,boleh minta ais krim pula.Minuman ada panas dan sejuk..pilih aja nak yang mana..

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Kita bakooooo,jom makan di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat
restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Desert Ais Krim di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat
Korang yang berminat nak singgah sini boleh datang setiap hari kecuali khamis.Hari selasa ada ladies night dengan bayaran RM19.90 satu kepala.Untuk kadar biasa dewasa RM23.90 kanak-kanak RM10.90.Waktu operasi pula dari 6 petang sehingga 11 malam.Surau pun ada disedikan kat sini tau..Jangan lupa singgah ya..papai!

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Jangan lupa singgah Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat
Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat 
Alamat
Jalan Sekolah,Kampung Bukit Kapar,42200 Klang,Selangor
Nombor Tel
011 2816 9501
Facebook



You Might Also Like

2 ulasan

  1. Best nya =D kualiti time dgn kluarga =D siap ada ladies night lg, bgs juga ada tawaran hrga mcm tu tarik pgunjung kan dgn plbagai menu tu rasa nya sgt bbaloi tu =D
    Btw sis, daging mumbai tu daging apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah selalu lalu situ memang sentiasa ramai,Kak Sue tak pasti daging mumbai tu apa mungkin perapan rempah kat daging tu kut..boleh tahan rasanya.. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.