Resepi Mee Celup Kelantan

8:59:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamaualikum,hai semua!Masak apa hari nie? Kak Sue hari nie cuba resepi Mee Celup Kelantan yang Kak Sue dapat dari hasil google, macam-macam versi ada.Kak Sue masak ikut cara Kak Sue campur-campur semua resepi tu.Pertama kali nak cuba masak mee celup nie, harap sedaplah ye..ehehe..Jemu juga kan hari-hari makan nasi, hari nie kita tukar menu mee pula.Cuaca panas macam nie, tak selera nak makan sangat makan sup-sup nie sedap juga.Jom kite tengok bahan-bahan yang perlu kita sediakan..

resepi mee celup kelantan,mee celup

Mee Celup Kelantan

Bahan untuk kuah :
1 kg daging - direbus,kemudian dihiris nipis atau ikut kesukaan masing-masing
1 1/2 biji bawang besar - dikisar
7 biji bawang putih - dikisar
2 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketuk
1 sup bunjut
1/2 cawan stok ikan
1/2 cawan kicap manis - Kak Sue guna yang manis
Sedikit gula kabong
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

 Bahan untuk mee :
1 bungkus mee - dicelur
Tauge - dicelur (ikut suka korang nak banyak mana)
Sayur sawi - dicelur (ikut suka korang kalau tak letak pun tak apa)
Kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar (Kak Sue tak letak)
Daun sup dan bawang - ikut suka nak letak ke tak
Cili flakes - tak letak tadi,sebab tak ada stok kat rumah
Sambal kicap

Cara - caranya :
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bahan yang dikisar tadi,halia dan serai sampai naik bau
Masukkan sup bunjut,kemudian masukkan stok air rebusan daging tadi
Biarkan mendidih,kemudian stok ikan,kicap dan gula kabong
Kacau sekejap sampai semua sebati,masukkan daging yang dihiris tadi
Biarkan mendidih dan bergaul mesra
Akhir sekali perasakan dengan garam
Sedia untuk dihidangkan,jangan lupa letak hirisan limau tau
Selamat mencuba..





Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments:

  1. thanks for sharing kak shuhaida. ini kalau buat pedas pedas mesti lagi membara keinginan nak makan! hakhak

    singgah isi tabung. elsa ada cerita baru :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/kenapa-ibu-sorok-spicy-korean-ramen-elsa.html jemput join ga elsa tau

    ReplyDelete
  2. Mee di celup... hehe... Seronok kalau dapat buat kat rumah...

    ReplyDelete
  3. sedap nampaknya mee celup kak su ni.. makan waktu petang ni, mau tambah 2-3 mangkuk.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.