Resepi Ikan Air Asam

February 27, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Hari-hari masalah yang sama kita ibu-ibu nie kan dah tak ada idea nak masak apa.Nasib baik lah zaman sekarang nie kalau nak cari apa semua tinggal google ja..Apa lagi,google resepi lah Kak Sue hari nie.Resepi Ikan Air Asam nie Kak Sue google pagi tadi dah tak ada idea nak masak.Senang sangat nak buat,janji pedas okay dah untuk family Kak Sue.Cuma Ikan Air Asam versi Kak Sue nie,ikan digoreng dulu tapi jangan sampai garing sangat tak sedap nanti sebab nak makan dengan air asam kan.Jom kita tengok cara nak sediakan jom..

resepi ikan air asam
Ikan Air Asam

Ikan Air Asam

Resepi Asal : MyRujukan
Bahan - bahan :
4 ekor ikan kembung - digoreng
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
18 biji padi - dipotong kecil ( Ikut kepedasan masing-masing )
1 cawan asam jawa
1/2 cawan air
2 biji limau kasturi ( Kak Sue guna limau nipis )
Sedikit garam, gula dan bahan perasa

Cara - cara :
Masak air asam jawa tadi sehingga mendidih
Kemudian masukkan garam,gula dan serbuk perasa kalau suka
Kemudain masukkan bahan yang telah dipotong tadi,kacau sebentar
Tutup api, kemudian jirus kuah tadi atas ikan yang sudah digoreng tadi.Kalau tak mau goreng, boleh masukkan ikan biarkan sekejap ya
Perah limau kasturi  dan dihidangkan (Kak Sue guna limau nipis)


You Might Also Like

3 ulasan

  1. Tak pernah makan camni, boleh cuba nanti, tq kongsikan... akan dimajukan ke wife nanti... hehe

    ReplyDelete
  2. Tadi siang pun blur dh nak masak apa. Lmbt tgk resepi kak sue. Kalau x boleh try buat. Hihi,, ikan dh sama dah.. hihi...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.