Resepi Gulai Taucu Ikan Kembung

February 20, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie Kak Sue cuba resepi baru dari kawan Kak Sue di facebook.Kadang tak ada idea dah nak masak apa, intai-intai kat facebook ternampak kawan Kak Sue post masakan beliau dua hari lepas Gulai Taucu Ikan Kembung.Terus laju-laju Kak Sue mintak resepi.Sebenarnya tak pernah dengar dan masak pun resepi Gulai Taucu Ikan Kembung nie,tapi rasa tertarik sangat tengok masakan beliau.Jom kita tengok bahan dan cara nak masak menu nie ya..

resepi gulai taucu ikan kembung
Gulai Taucu Ikan Kembong

Gulai Taucu Ikan Kembung

Resepi Asal : Ayie Baizura

Bahan-bahan :
2 ekor Ikan kembong - digoreng dulu (Ikan apa pun boleh sebenarnya)
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
12 biji cili padi - dikisar
1 batang serai - diketuk
2 bungkus taucu
1 kotak santan
1 biji lobak merah - dipotong ikut kesukaan masing-masing

Cara - cara :
Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau
Masukkan taucu dan biarkan garing
Kemudian masukkan santan dan lobak tadi, biarkan mendidih sekejap
Akhir sekali masukkan ikan dan hirisan cili hijau (Kak Sue letak cili padi)
Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing..siap!
Mudah aja kan..selamat mencuba..


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Dah lama tak makan taucu.... Boleh cuba nanti resepi ni...

    ReplyDelete
  2. sekali sekala mak kc ada buat gulai taucu ni. sedap :D

    ReplyDelete
  3. Mya memang suka betul lauk taucu ni . Lapar balik tgok gambar tu

    ReplyDelete
  4. sampai kak sini saya berliur kak sue!! huhuuhuu, sedap kn.. paling fav ni, tp x reti masak.. mak je sllu

    ReplyDelete
  5. macam-macam resepi ada ni..best tengok :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.