Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak

Assalamualaikum,hai semua!Lama betul Kak Sue tak masak atau jumpa orang jual Cendawan Kukur atau dengan panggilan lainnya Kulat Sisir.Selalunya cendawan nie boleh kita jumpa kat pokok getah kering yang dah ditebang.Sekarang orang dah kormesilakan dah, semalam Kak Sue hantar order kat kawan Kak Sue nampak beliau ada jual cendawan nie.Apa lagi beli dua bungkus terus untuk stok kat rumah.Hari nie terus masak, tak sabar-sabar dah nak makan.Kali nie Kak Sue masak Cendawan Kukur Masak Lemak guna sebungkus dulu pun cukup sebab anak-anak Kak Sue tak makan.Ada sebungkus lagi nanti kita masak lain pula.Jomlah kita tengok resepinya mudah dan ringkas aja pun..

resepi cendawan kukur masak lemak
Cendawan Kukur Masak Lemak


Cendawan Kukur Masak Lemak

Bahan - bahan :
50 gram cendawan kukur - direndam dengan air panas sekejap,kemudian cuci bersih
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
14 biji cili padi - dikisar,ikut kepedasan masing -masing
1 batang serai - diketuk 
1/2 kiub ayam Knorr
1/2 cawan santan Kara
3 cawan air
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Masukkan bahan kisar,santan dan air
Masak sehingga mendidih,sambil masak tu kacau biar santan tak pecah
Kemudian masukkan serai dan kiub ayam, Kak Sue tak masukkan serai tadi habis stok la pulak,kemudian kacau lagi
Kemudian masukkan cendawan kukur dan biar masak sekejap
Akhir sekali perasakan dengan garam
Tutup api,sedia untuk dihidangkan

2 comments

  1. Sedapnya.. Sha suka cendawan nie.. rasa dia Ohsem.. tapi tulah susah nak jumpa..

    ReplyDelete
  2. Xpernah cuba masak lauk ni lg..boleh msk wishlists menu memasak ni hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤