Nasi Ambeng

February 03, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Korang pernah makan Nasi Ambeng tak?Nasi Ambeng nie adalah makanan tradisi orang jawa.Nasi ambeng nie selalu dihidangkan di kampung Abang Man bila ada majlis berendoi atau majlis yang dirasakan sesuai untuk dihidangkan menu nie.Menu nasi ambeng terdiri dari nasi putih,ayam masak kicap,seruding,sambal goreng jawa dan ikan masin.Di alas daun pisang dan dihidangkan dalam talam,haaa..menarik kan?

nasi ambeng
Nasi Ambeng Makanan Tradisi Jawa


Nasi Ambeng Makanan Tradisi Jawa

Nasi ambeng nie di hidangkan untuk 4 hingga 5 orang dalam satu talam,dan nasi tersebut tak di makan habis dalam majlis tu cuma jamah sedikit aja.Kemudian dibahagi sama banyak dan dibungkus untuk di bawa balik makan bersama keluarga dirumah.Kak Sue memula kenal dengan tradisi orang jawa Nasi Ambeng nie pun pelik kenapa tak makan,kenapa nak bungkus bawa balik...Sampai sekarang Kak Sue tak tahu kenapa buat macam tu..tapi macam unik kan..

Apa yang menariknya bila kita makan bersama keluarga dalam satu talam,terasa kemeriahan dan keakraban satu keluarga.Kita berkongsi makanan dalam satu talam,bahagi sama banyak sesama kita,kadang yang tua beralah dengan yang muda.Kita pupuk semangat kat anak-anak kita berlebih kurang dengan adik beradik kan.

Memang Kak Sue dekat rumah kerap juga makan dalam talam.Selalu kami beli aja dekat pasar malam sini,balik tu kami masukkan dalam talam.Seronok tau makan rebut-rebut..Banyak lagi makanan dan amalan tradisi jawa yang Kak Sue tengok dalam keluarga mertua Kak Sue.Nanti Kak Sue kongsikan kat sini lagi tau..papai!

You Might Also Like

5 ulasan

  1. sebelum kawin ngan org jawa lagi memang suka giler nasi ambeng,dulu2 bujang kongsi ngan hosmate seronok makan...sekarag kawin ngan org jawa lagiiiii lah heheheh

    ReplyDelete
  2. Rindu nasi ambeng kak...dulu kalau ada je kenduri kat kampung memang nasi ambeng nilah rutin tuan rumah...kalau tahu je ada jemputan kenduri...tahlil ke...tahan perut...nak tunggu baba balik tahlil...hihihi...tapi sekarang susah dah..generasi sekarang sebahagiannya memilih makan hidang..tak pun buffet kak..

    ReplyDelete
  3. ya Allah, cravingnya tengok Nasi Ambeng, nasib baik dah ada di Muar, hehe.. kena cari nihhh

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  4. pernah makan nasi ambang masa projek anak angkat kat johor..petai tu menambah selera hehe...sy follow yw

    ReplyDelete
  5. skang sini nasi ambeng rm7 dah.
    sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.